Sebuah siri dokumentari original Netflix dari Korea Selatan yang bertajuk In The Name of God: A Holy Betrayal sedang hangat dibincangkan oleh peminat seluruh dunia, khususnya masyarakat Korea Selatan sendiri dan telah menduduki tangga ke-7 dari Top 10 Rancangan TV di Netflix hingga ke hari ini.
Dokumentari ini sendiri membahaskan tentang kisah nyata yang mengerikan tentang empat pemimpin Korea Selatan yang mengaku sebagai Tuhan dan turut mengungkap sisi gelap ajaran sesat yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Baca Lagi: Hael Husaini Jelmaan Cha Eun Woo?
Salah sebuah organisasi ajaran sesat yang didedahkan dalam dokumentari tersebut telah membuat laporan polis dan mengheret perkata ini ke muka pengadilan kerana mendakwa terdapat putar belit fakta. Jom kita lihat fakta yang lebih lengkap seperti yang disenaraikan dibawah:
1. Sinopsis ‘In The Name of God: A Holy Betrayal’
In The Name of God: A Holy Betrayal yang mempunyai 8 episod ini menceritakan tentang individu-individu yang pernah mendakwa bahawa diri mereka sebagai utusan Tuhan dalam sejarah Korea moden atau juga merupakan pemimpin sesuatu aliran dan ajaran yang tersebar di setiap penjuru Korea Selatan.
Siri Netflix ini hanya berkisar mengenai empat kes di Korea Selatan sahaja. Menyajikan laporan terperinci tentang penyiasatan yang dilakukan terhadap empat pemimpin ajaran sesat yang memanipulasi dan mengeksploitasi pengikut mereka dengan cara yang amat keji.
Empat pemimpin tersebut adalah Jeong Myeong Seok dari Christian Gospel Mission atau yang lebih dikenali sebagai Jesus Morning Star; Park Soon Ja dari Gereja Odaeyang; Kim Ki Soon dari Baby Garden; dan Lee Jae Rock dari Manmin Central Church.
2. Jadual tayangan ‘In The Name of God: A Holy Betrayal’
In the Name of God: A Holy Betrayal telah rasmi disiarkan oleh Netflix pada tanggal 3 Mac 2023. Dokumentari produksi Netflix dan MBC tersebut membahaskan secara serius tentang keempat-empat organisasi ajaran sesat di Korea Selatan.
● Pada episod pertama sampai ketiga anda akan mengikuti perjalanan ajaran sesat Christian Gospel Mission / Jesus Morning Star (JMS).
● Pada episod keempat akan mengisahkan pembunuhan sardis 32 orang dalam pengikut dalam ajaran sesat Five Oceans yang dipimpin oleh seorang wanita bernama Park Soon-Ja.
● Pada episode ke lima dan ke enam akan membahas tentang ajaran sesat Baby Garden.
● Pada dua episod terakhir akan dipaparkan bagaimanakah cara kehidupan pengikut ajaran sesat Manmin Central Church.
Walaupun isu bahawa siri ini akan ditangguhkan kerana kes tuntutan di mahkamah, ternyata sehingga waktu ini Netflix dan MBC tetap mengeluarkan kelapan-lapan episod sekaligus sama seperti dengan jadual penyiaran yang telah ditetapkan.
3. Berdasarkan kisah sebenar
Siri dokumentari In the Name of God: A Holy Betrayal menjadi kontroversial kerana sangat berani mendedahkan organisasi ajaran sesat yang diangkat berdasarkan kisah benar tanpa sebarang tapisan. Bukan itu sahaja, siri dokumentari ini dengan berani menampilkan saksi yang terdiri daripada bekas mangsa dan juga bekas pengikut organisasi ajaran sesat masing-masing.
Siri dokumentari yang telah dibikin selama lebih dari 3 tahun itu juga mendedahkan secara terperinci pelbagai kes kekejaman dan kekerasan yang dilakukan oleh pemimpin keempat-empat organisasi ajaran sesat tersebut. Sehinggakan terdapat penonton yang merasa terganggu dengan adegan-adegan dalam siri tersebut.
4. Salah seorang pemimpin terjebak dengan kes gangguan seksual
Sewaktu siri dokumentari ini menghampiri tarikh siaran, salah seorang pemimpin aliran ajaran sesat dalam siri ini sedang menunggu keputusan perbicaraan terhadap kes gangguan dan serangan seksual yang dilakukan ke atas pengikut wanita. Dia adalah Jeong Myeong Seok dari Jesus Morning Star (JMS).
Nama JMS sangat popular di kalangan mahasiswa pada tahun 1980-an sebagai nama gereja baru dan gerakan keagamaan baru Kristian yang dipimpin oleh Jeong Myeong Seok yang sangat berkarisma pada waktu itu. Kebanyakan pengikutnya adalah para remaja dan golongan muda. Salah satu daya tarikan ajaran sesat JMS ialah ideologinya yang sangat liberal.
Pada tahun 2009, pemimpin ajaran sesat Jeong Myeong Seok pernah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan telah dibebaskan pada tahun 2018. Sebelum penangkapannya, Jeong Myeong Seok telah melarikan diri dari Korea Selatan dan dilaporkan telah memperkosa hampir seratus orang mahasiswa di Taiwan. Dia dibebaskan dari penjara pada tahun 2018, dan gerakan JMS juga telah tersebar ke lebih 70 buah negara.
Sudahkah anda menonton siri dokumentari ini? Sebuah siri yang sememangnya berjaya membuka topeng kejahatan manusia dengan cerita-cerita yang mengejutkan.
Baca Juga: Gambar Perkahwinan Nam Goong Min & Jin Ah Reum Yang Belum Pernah Dilihat