Home Bollywood/India India Pakar Filem Kamar Mahkamah, Ini 8 Filem Menarik Penuh Debaran

India Pakar Filem Kamar Mahkamah, Ini 8 Filem Menarik Penuh Debaran

0

Filem bertemakan kamar mahkamah dan perbicaraan memang salah satu tema yang berjaya memikat penonton. Selain membuatkan penonton merasa tegang, filem ini juga menyajikan kisah pengalaman tentang sistem undang-undang di negara tersebut.

Para pencipta filem India kerap mengeksplorasi genre thriller di ruang kamar mahkamah. Ketegangan dibangunkan secara intens antara penegak undang-undang, tertuduh dan peguam.

Penonton juga diajak menyelami moraliti dan keadilan yang dipersoalkan hingga akhir cerita.

Jika anda suka tontonan yang menegangkan, mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

 

1. PINK (2016)

Mahkamah

Filem ini dibintangi artis hebat Bollywood seperti Amitabh Bachchan dan Tapsee Paanu.

PINK menceritakan tentang tiga orang wanita yang bernama Minal, Falak dan Andrea. Pada suatu malam, mereka keluar berparti dengan tiga orang lelaki kaya raya.

Salah seorang dari lelaki tersebut yang bernama Rajveer Singh, mengalami kecederaan di kepalanya. Dari situlah, Rajveer menyuruh orang bawahannya untuk menangkap tiga wanita yang diyakini menjadi penyebab kecederaannya.

 

2. OMG – Oh My God (2012)

4e49781a 7793 42b1 ae7c b857805b4e26

OMG – Oh My God mempunyai jalan cerita yang unik, di mana Kanjibhai mencabar Tuhan ke mahkamah kerana gempa bumi telah merosakkan kedainya.

Cerita fokus pada Kanjibhai, lelaki pengukir patung dewa-dewa yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan. Suatu hari, dia merosakkan majlis keagamaan yang membuatkan ketua agama bernama Siddheswar Maharaj menasihatinya.

Apabila gempa bumi melanda daerah Kanji, hanya kedainya yang rosak. Dia tidak dapat menerima kenyataan tentang kerugian besar yang ditanggung olehnya. Akhirnya, Kanjibhai mengupah peguam untuk menyaman Tuhan di mahkamah. Gila bukan?

 

3. Court (2014)

0401b93f a046 4f44 9af7 47365976f0a2

Sama seperti tajuknya, filem India bertajuk Court menyajikan cerita tentang persidangan mahkamah yang berlanjutan lama kerana sistem undang-undang India yang kacau-bilau.

Filem ini bermula semasa Narayan Kamble, penyanyi satira, ditangkap oleh polis semasa dia sedang menyanyi. Tuduhan terhadapmya tanpa asas, Narayan dianggap mendorong peminatnya untuk bunuh diri melalui salah sebuah lagu daerahnya.

Skrip filem ini ditulis dengan rapi dan terperinci. Walau menyajikan gambaran perbicaraan mahkamah yang memakan waktu lama, filem ini tidak terasa membosankan. Bahkan, filem ini memenangi anugerah di Venice Film Festival pada tahun 2014.

 

4. Jolly LLB (2013)

8612e666 d48f 44ac 896b ec8baeec44b0

Filem ini mengisahkan tentang peguam muda yang sedang merintis kerjayanya yang bernama Jolly. Dia bersama puluhan peguam muda lain menawarkan khidmat di luar pejabat firma guaman.

Oleh kerana persaingan yang ketat, dia selalu tidak mendapat pelanggan. Suatu hari, dia bertemu dengan Rajpal, peguam senior yang melepaskan pemuda dari perangkap undang-undang kerana tuduhan langgar lari yang meragus nyawa enam orang mangsa.

Pada waktu itulah, dia bertemu seseorang yang mengaku melihat kejadian langgar lari tersebut. Orang tersebut bersedia menjadi saksi jika Jolly mahu menjadi peguam keluarga mangsa.

 

5. Section 375 (2019)

abf12d03 ab42 4620 94ae 31eb22f2552e

Section 375 merupakan filem drama berlatarkan ruang mahkamah yang sangat menegangkan. Ceritanya bermula semasa Angeli Dangle (Meera Chopra) melaporkan pengarah yang bernama Rohan Khurana (Rahul Bhatt) kerana telah memperkosanya.

Rohan ditangkap oleh polis dan dijatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara. Sayangnya, isteri Rohan melakukan perbicaraan semula di Mahkamah Agung kerana menganggap suaminya tidak mungkin melakukan jenayah tersebut.

 

6. Mulk (2018)

4e152346 cd83 4726 96df 16e0b2e9c6a5

Filem ini mengisahkan tentang seorang peguam senior yang bernama Murad Ali Mohammed (Rishi Kapoor) yang hidup tenang bersama keluarga dan jiran-jirannya di Varasi.

Hingga suatu hari, anak lelakinya yan menyertai kumpulan pengganas telah meletupkan bom. Reputasi Murad juga goyah dan musnah. Dia akhirnya menuntut untuk mendapatkan kehormatannya yang hilang walau jalan yang dilaluinya tidak mudah.

 

7. Sirf Ek Bandaa Kaafi Hai (2023)

fc2f9bb9 b9c3 43a4 99a0 05ce7e0a9f7a

Sirf Ek Bandaa Kaafi Hai yang merupakan terjemahan dari One Common Man is Enough adalah filem berlatar kamar mahkamah yang sangat menarik.

Filem ini diinspirasikan dari kisah benar pertarungan di mahkamah selama lima tahun demi menegakkan keadilan.
Filem ini fokus pada PC. Solanki, peguam yang membela hak kanak-kanak di bawah umur yang diperkosa. Kes ini begitu rumit apabila para saksi dibunuh oleh penjenayah sebenar.

Namun kegigihan PC. Solanki membuahkan hasil. Dia dapat menegakkan keadilan untuk kanak-kanak di bawah umur dari serangan predator buas.

 

8. Jai Bhim (2021)

5a034c22 0499 4729 bccd 8574c8a216eb

Filem India Selatan ini mendapat banyak pujian dari para pengkritik filem. Filem ini berpusat pada Rajakannu, lelaki miskin yang bekerja ladang di kampungnya.

Kehidupannya berubah semasa dia dituduh mencuri barang kemas ketua kampung. Lelaki malang itu ditangkap. Isterinya tidak berdiam diri, dia meminta bantuan aktivis yang menemukannya dengan peguam terkenal, Chandru.

Filem bertemakan perbicaraan dan kamar mahkamah bukan hanya menampilkan ketegangan antara penegak undang-undang dan pembela keadilan, namun juga memperluaskan sudut pandangan kita bahawa masih ramai orang baik yang mahu membela keadilan walau sesukar manapun jalan yang mereka lalui.

Yang manakah telah anda tonton?

Baca lagi: 10 Cadangan Filem Seram India Yang Saspen, Ada Kisah Penuh Misteri dan Mitologi
Baca juga: 12 Cadangan Filem India Plot Twist Bahasa Malayalam Terbaik, Mempunyai Cerita Menarik dan Mesti Ditonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here