Tular di media sosial perihal seorang pemuda yang dikenali di laman Tiktok dengan jualan nasi lemak pada pukul 4 pagi menjadi bualan ramai apabila beliau memaki si ibu dalam live Tiktok sehingga mengundang kemarahan netizen. Hal ini menjadi kecoh apabila si ibu mula memberikan reaksi yang membuatkan ramai mengalirkan air mata.
“jng mcm tu dik …kembali kepangkal jln..masih sempat…walaupn sebesar mna masaalhnya blh d selasaikn.”
Mengikut apa yang dinyatakan, ketika live dillakukan oleh pemuda tersebut, beliau mula memaki si ibu dengan ayat ayat yang begitu sensitif sehingga membuatkan ramai terkejut. Namun hal ini menjadi lebih keruh apabila beliau dipercayai mendera si ibu dirumah. Namun hal ini masih belum ada kenyataan penuh dari pihak berkuasa berkaita hal dera tersebut.
Berikutan itu, netizenmula sebak apabila si ibu mula memberikan nasihat kepada semua yang menonton dan tahu hal tersebut dengan kenyataan yang begitu dalam. Apa apa pun semoga hal ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua kedua pihak.
Baca ini: Takda Warning Takda Apa Terus Saman, Kereta Disaman Kerana Melepasi Garis Putih Raih Perhatian
Baca ini: “Dah Sentuh Kaki Dia..”- KJ Kenenkan Farah Fauzana Di Konti Hotfm Buat Ramai Tak Sangka
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen seperti :
@shasha73: subhanallah ya allah jauhkn keturunan kami sbgini..baik buruk sorg mak syurga ttp d telapak kaki dia..smga urusn mak cik dan kita smua dpmudhkn.aamiin
@kinahjusoh: jng mcm tu dik …kembali kepangkal jln..masih sempat…walaupn sebesar mna masaalhnya blh d selasaikn
@haslizahasan5: seburuk2 mak kita..mak tetap insan yg melahirkan kita..walau segunung emas sekali Pon xkan mampu membalasnya..
@Maktok Ayen: tkde manusia yg tk buat silap..tambah ibu tetap ibu kamu dunia akhirat
@Fauziah Fauziah Hamz: bang nak pesan sikit…jaga lah mak abg dgn baik..sebab rezeki kita yg baik atas doa org tua kita..selagi ada jaga lah ..
@chef zul: perhhhh makk dia tuu..dia maki mcm tu..aku tkleh pikir dh ni..al fatihah utk mak dgn abah
@Mamastrong: Aku x sokong dia maki hamun mak dia..tp psti ada citer disebaliknya..jgn kerana dia ibu@org tua..pcaya100%..smoga mkck trus dlm lindungan allah.aminn
@HariZul UtaQra: mesti Ada SB…zaman sekarang ni pn Ibubapa pilih kasih juga….NK sanjung anak yg keja tinggi .padahal anak yg keja rendah ni yg jga dia…
@Radya Raiqa: aku ank tersisih dri 9 adik bradik,mak aku sndri yg sisih kn aku,tpi aku hormt,syg mak,tk pernh mki dn caci mak,wlu smpi skrg mak tk syg aku
@Auliamira86: sya .dri skola mk pilih ksih.. sampai da khwin…sya redha je, walaupon dlm hati pns..tp sya ttp sabar..sya xde nk maki2 mk sya….
@aisyah_fighterrich: aku di besarkan dgn mak aku pilih kasih dgn adik beradik lain pon xpnh nk kurang ajar dgn mak aku,akhirnya allah lembutkan hati mak aku plok,cium aku
@Vanilla Latte: jga la mak slagi dia hdup..pcaya la bila dia dah xde ko akn rs kehilangan yg sgt besar..mcm sparuh hidup kosong…huhuhu…rindu arwah mak
@Jane Lee: walau jahat macam mana pun mak ayh kita, 1 bnda yang kita x blh ubah adalah kita ttp Beribu dan Berayahkan mereka. 1 benda yg simple tp x semua ingat.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram