Baru-baru ini tular isu seorang influencer membawa ‘kerupuk babi’ dan makan di sebuah restoran Muslim. Tindakan influencer tersebut telah mendapat kecaman netizen tidak sangka atas kelakuan beliau yang tidak memikirkan pemilik restoran serta pelanggan.
Pada awalnya influencer ini sedang menikmati semangkuk bakso dilihat sedang menambah bahan perasa di dalam hidangan tersebut. Kemudian dia mengeluarkan sebungkus kerepok berprisa babi dan memasukkannya ke dalam hidangan baksu itu.
Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki ini yang selamba membuat demikian di sebuah restoran Muslim sebegitu. Netizen juga mengatakan tindakan beliau sememangnya menyusahkan kesemua pekerja dan pemilik kedai.
Baca lagi: “Tergedik gedik…” – Ustaz Dusuki Tegur Influencer Berhijab Suka Menari
Baca lagi: “Mungkin Lama Sangat Tunggu Order Tu”-Tindakan Rider Grabfood Sepak Makanan Tular
Lihat juga video dibawah:
Influencer yang dikenali sebagai Jovi, kini memohon maaf secara terbuka di media sosial menerusi akaun Instagram nya, mengenai tindakannya selepas menerima terguran daripada warganet.
Beliau mengatakan tidak terfikir bahawa restoran itu menyediakan makanan halal sahaja, dan tidak memboleh membawa makanan tidak halal ke dalam restoran. Influencer ini juga mengatakan tidak berfikir panjang atas tindakannya serta membuat permohonan maaf di dalam akaun Instagram nya.
“Saya benar-benar tidak terfikir bahawa bakso itu halal jadi saya tidak boleh membawa makanan yang tidak halal untuk dicampurkan”
“Jadi saya ingin meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan tindakan saya. Saya betul-betul tidak berfikir panjang”
“Saya akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya juga akan lebih peka lagi selepas ini terutama bagi perkara yang berkaitan dengan agama”
Netizen juga masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf nya, kerana pihak restoran turut terpaksa buang dan pecahkan kesemua mangkuk yang ada dan menggantikan dengan yang baharu.
Harap isu ini boleh dijadikan sebagai pengajaran agar kita semua lebih peka dan memerhatikan kawasan pada sekeliling kita.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Oh Bulan