Home News Ini 10 Cara Halau Semut Yang Berkeliaran, Hanya Menggunakan Bahan Ini Sahaja

Ini 10 Cara Halau Semut Yang Berkeliaran, Hanya Menggunakan Bahan Ini Sahaja

0

Adakah anda berasa jengkel jika mendapati ribuan semut sedang berpesta apabila anda meninggalkan sebentar sahaja makanan di dalam rumah? atau apabila tiba-tiba badan anda digigit semut ketika sedang berbaring?

Screenshot 2023 05 26 152941

Sememangnya semut merupakan salah satu haiwan ciptaan tuhan namun begitu jika ia berada terlalu banyak di dalam tempat kediaman anda, boleh membuatkan anda berasa kurang selesa.

Ini 10 Cara Halau Semut Yang Berkeliaran Di Rumah Anda:

1. Timun

Screenshot 2023 05 26 152623

Timun mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Namun begitu timun juga merupakan salah satu sayuran yang boleh menghindarkan semut.

Boleh digunakan samada timun yang dihiris halus atau dikisar dan diletakkan pada sekitar semut. Ini akan membuatkan semut pergi meninggalkan sarangnya kerana tidak suka akan bau timun itu.

2. Garam atau Lada

Screenshot 2023 05 26 152654

Taburkan garam atau lada di tempat-tempat yang biasanya terdapat banyak semut seperti di dapur.

Cara lain ialah dengan mencampurkan garam atau lada ke dalam air dan disembur air larutan itu ke dalam sarangnya. Aroma bau ini membuatkan semut tidak akan kembali ke sarangnya yang telah disembur itu.

3. Sabun dan Air

Screenshot 2023 05 26 152714

Campurkan sabun di dalam air dan gunakan botol spray untuk menyembur kawasan yang sering dilalui semut. Cara menyembur ini sesuai jika semut membuat sarangnya di celahan dinding. Jika ia tidak mati, pasti semut akan meninggalkan kawasan yang disembur itu kerana tidak tahan dengan bahan kimia sabun.

4. Serbuk Kopi

Screenshot 2023 05 26 152734

Taburkan serbuk kopi di tempat di mana semut semut berkumpul atau bersarang. Serbuk kopi juga sesuai digunakan pada tanaman anda yang diserang semut kerana ianya tidak membahayakan tanaman. Semut akan pergi meninggalkan kawasan taburan serbuk kopi kerana tidak tahan dengan bau aromanya yang kuat.

5. Bedak atau Tepung

Screenshot 2023 05 26 152754

Semut juga tidak suka dengan bau wangi bedak. Selain bedak, tepung kering juga boleh menjadi ganti. Semut tidak akan melalui kawasan yang diletakkan bedak atau tepung ini kerana baunya. Cara ini juga memudahkan untuk anda membersihkan kawasan yang ditabur tadi.

6. Minyak Wangi

Screenshot 2023 05 26 152810

Cara ini mungkin yang paling mudah tapi mungkin kurang praktikal kerana agak mahal iaitu dengan menyembur pewangi semut tidak akan dapat bertahan dengan baunya yang kuat dan tahan lama. Namun begitu anda perlulah berhati-hati, jangan sampai tersembur pada makanan.

7. Air Limau Nipis

Screenshot 2023 05 26 152825

Semut memang diketahui sukakan benda manis. Jadi rasa masam pada air perahan limau nipis ini boleh membuatkan semut lari. Selain daripada manfaat menghalau semut, bau aroma limau ini juga boleh membuatkan rumah anda berbau segar dan wangi.

8. Daun Sireh

Screenshot 2023 05 26 152844

Daun sireh ini mempunyai banyak manfaat salah satunya sering dipakai oleh wanita untuk penjagaan organ dalaman. Selain itu, daun sireh juga mengeluarkan bau yang tidak disukai oleh semut. Anda perlu meramas daun sireh bagi tujuan mengeluarkan baunya dan letakkan pada sarang atau tempat semut selalu berkumpul.

9.Kapur Anti Semut

Screenshot 2023 05 26 152902

Kini terdapat banyak kapur anti semut yang dijual di kedai-kedai dan penggunaannya cukup mudah. Anda hanya perlu mencontengkan kapur pada kaki meja atau kerusi yang biasanya dinaiki semut. Semut yang terkena kapur ini akan mati dalam beberapa minit dan tidak akan melalui jalan yang sama lagi. Akan tetapi jangan anda keliru dalam membezakan kapur anti semut ini dengan kapur tulis ya.

10. Selalu Tutup Rapat Makanan

Screenshot 2023 05 26 152921

Cara terakhir menjaga makanan ialah dengan menyimpannya dalam tempat yang bertutup dan selamat. Jika makanan kering anda boleh menyimpannya di dalam bekas balang. Dengan cara ini anda akan berasa lebih selamat dan makanan akan dapat bertahan dengan lebih lama.

Namun begitu, perkara yang paling penting sekali ialah dengan menjaga kebersihan. Jangan biarkan bekas makanan, meja atau lantai dibiarkan dalam keadaan keadaan tidak bersih dan mempunyai sisa makanan, jika ada kekotoran segeralah membersihkannya. Jika keadaan sentiasa bersih, semut pasti akan pergi ke tempat lain yang lebih mudah untuknya mencari makan lain.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi