Home News Ini 3 Bahan Halau Lipan Dari Bersarang Di Dalam Rumah Anda

Ini 3 Bahan Halau Lipan Dari Bersarang Di Dalam Rumah Anda

0

Dalam satu kajian, lipan sangat suka merayap ke tempat yang ada banyak makanan. Contoh makanan untuk lipan seperti anai-anai, lipas, lalat dan labah-labah.

Nak pastikan lalat dan labah-labah ini tidak ada di rumah anda, ianya masih boleh dikawal lagi, tetapi jika anai-anai mungkin memerlukan kos untuk anda mendapatkan khidmat pes control. Tak semua orang mampu nak dapatkan khidmat ini sbeenarnya, kerana harga servisnya pun agak tinggi.

Ini beberapa tips terbaik untuk mengelakkan kehadiran lipan di dalam rumah. Anda mesti pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak ada serangga-serangga perosak seperti yang dinyatakan tadi. Tempat yang anda mesti waspada ialah di bilik air dan kawasan lembap.

Baca lagi: Lelaki Ini Tunjuk Cara Betul Main ‘Claw Machine’, Memang Berkesan Ikut Cara Dia

Baca lagi: Minta Infaq Satu Kertas Rim Setiap Murid, Sekali Netizen Dedah Sesuatu Mengenai Pihak Sekolah

Screenshot 2023 08 06 153101
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Anda boleh ambil insiatif ini sebagai petua untuk mengelakkan lipan berada di dalam rumah:

Kapur Barus

Screenshot 2023 08 06 151111

Ia mempunyai sifat sama seperti garam, gunakan kabur barus dengan cara menaburkannya di kawasan yang lembap untuk elakkan lipan datang di kawasan tersebut.

Garam

Screenshot 2023 08 06 151244

Anda boleh taburkan garam di kawasan dan laluan yang pernah ditemui lipan. Tidak lain dan tidak bukan di kawasan yang lembap.

Anda taburkan sahaja dan tidak perlu sapu, dari semasa ke semasa anda boleh tambah lagi garam disitu. Ulang langkah ini sehingga anda rasa tiada lagi lipan di dalam rumah anda.

Daun Pandan

Screenshot 2023 08 06 151533

Daun pandan ini untuk manusia sememangnya berbau harum, tetapi bagi lipan ianya adalah bau yang menakutkannya, gunakan daun pandan ini sebagai cara untuk melindungi anda. Caranya adalah hiris daun pandan halus-halus dan letakkannya dalam satu mangkuk. Lebih banyak hirisan daun pandan yang anda sediakan lagi bagus.

Langkah seterusnya, anda gunakan mangkuk yang berisi daun pandan itu dan letakkannya di setiap sudut rumah, ini boleh menyebabkan lipan akan mula menjauhi rumah anda.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk mengelakkan lipan dari terus berada di kawasan rumah anda. Ikhtiar ini bukan sahaja untuk elakkan lipan ada di rumah, tetapi untuk keselamatan anda dan keluarga terutamanya jika anda ada anak kecil.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat