Home News Ini 3 Cara Mudah Halau Lipas Dalam Kereta Anda, Ikuti Langkah-Langkah Ini

Ini 3 Cara Mudah Halau Lipas Dalam Kereta Anda, Ikuti Langkah-Langkah Ini

0

Lipas merupakan jenis serangga perosak yang mendiami kawasan kotor dan gelap. Sifatnya yang suka memakan sisa makanan kotor membuatkan serangga ini sangat dibenci oleh kebanyakan orang.

Lipas bukan sahaja boleh mendiami rumah anda, malah mereka juga boleh mendiami dan membiak di dalam kereta milik anda. Terutamanya dalam kereta pemilik yang sering makan dan minum dalam kenderaan mereka.

Screenshot 2023 06 17 154337

Ini 3 Cara Mudah Halau Lipas Dalam Kereta Anda, Ikuti Langkah-Langkah Ini

1. Minyak Dan Marjerin

Screenshot 2023 06 17 160036

Mungkin anda pernah melihat individu lain berkongsi kaedah ini di media sosial. Ia seolah-olah satu kaedah untuk memerangkap lipas yang bersarang dalam kenderaan.

Ini Bahan-Bahannya:

  • Bekas kosong
  • Minyak masak terpakai
  • Sedikit marjerin
  • Sedikit susu pekat manis

Cara-caranya adalah:

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bekas.

Letakkan di dalam kereta anda. sebaiknya, letakkan berdekatan lokasi yang sering menjadi tempat persembunyian lipas seperti di karpet kaki atau di celah kusyen.

Biarkan semalaman dalam kereta, dan lihat hasilnya pada keesokan hari.

Anda akan mendapati banyak anak-anak lipas yang berada dalam bekas tersebut.

2. Daun Pandan

Screenshot 2023 06 17 160138

Daun pandan mempunyai bau wangi yang dibenci oleh lipas. Oleh itu, kita tidak menjumpai lipas bersarang berdekatan dengan rimbunan pokok pandan.

Bagi menghalau lipas dalam kenderaan, ambil beberapa helai daun pandan dan buat simpulan sebelum diletakkan dalam kereta.

Untuk hasil yang lebih baik, hiris halus daun pandan dan masukkan ke dalam beg jaring halus sebelum diletakkan dalam kereta.

3. Serai Wangi

Screenshot 2023 06 17 160314

Kini terdapat pelbagai produk semburan yang berasaskan serai wangi di pasaran. Anda boleh menggunakan semburan wangi ini sebagai salah satu cara halau lipas dalam kereta. Malah ia merupakan alternatif yang lebih baik berbanding racun serangga yang berasaskan bahan kimia atau racun lain.

Jika anda mempunyai pokok serai wangi di rumah, anda boleh membuat semburan anda sendiri.

Screenshot 2023 06 17 160404

Caranya ialah hanya kisar kering beberapa batang serai wangi (tanpa air). Setelah itu, masukkan ke dalam bekas berisi air dan perapkannya semalaman. Pada keesokan harinya, anda boleh menapis air tersebut daripada hampas serai dan masukkan ke dalam botol penyembur sebelum digunakan.

Selain daripada 3 cara ini, anda boleh juga beli perangkap gam untuk lipas yang banyak dijual di pasaran. Perangkap lipas dalam kereta ini sedikit sebanyak boleh membantu menyingkirkan populasi lipas yang berada dalam kenderaan anda.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda, selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang