Adakah anda tahu bahawa kaedah basuh sayur pun ada caranya, yakin ke sayur tu sudah dibasuh dan selamat dimakan?
Berikut 3 kaedah cara yang betul untuk membersihkan sayuran atau buah-buahan. Pilih langkah yang anda rasakan bersesuaian dan mudah untuk dilakukan.
Kaedah #1 : Bilas
1. Sediakan buahan atau sayuran yang hendak dibersihkan. Cuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 minit.
2. Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika (US Food and Drug Administration, USFDA) menyarankan anda mencuci terlebih dahulu makanan yang mempunyai kulit SEBELUM dibuang kulitnya. (Contoh: buah epal)
3. Buang sebarang label pelekat yang ada pada makanan. Kemudian dengan menggunakan pisau yang bersih, buang segala bahagian kotor atau busuk pada makanan.
4. Bilas makanan di bawah air yang bersih. Seelok-eloknya dibilas menggunakan air yang selamat diminum.
5. Sental makanan yang mempunyai kulit tebal seperti timun, kentang, lobak merah atau mana-mana makanan yang berbuah di dalam tanah. Tujuan menyental ini adalah untuk menyingkirkan segala mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan.
Kaedah #2 : Rendam
1. Kaedah ini perlu untuk makanan yang mempunyai banyak permukaan seperti anggur, makanan yang dibungkus padat seperti buah-buahan beri dan makanan yang mengandungi banyak liang kecil seperti brokoli dan kubis bunga.
2. Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air. Seelok-eloknya gunakan air yang selamat diminum.
3. Rendamkan makanan dalam air buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu (seperti gerakan mesin kain).
4. Rendamkan makanan berliang kecil seperti brokoli dan kubis bunga selama 1-2 minit kerana ia mengandungi banyak ruang di mana kotoran dan mikrob boleh tembus.
5. Bagi sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung, asingkan terlebih dahulu setiap helaian daun. Rendamkan seketika kemudian ditapis menggunakan penapis. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi pasir atau kotoran dalam air rendaman.
Kaedah #3 : Rendam Dalam Larutan
1. Walaupun makanan sudahpun bersih dan selamat setelah menggunakan ‘kaedah #2’ di atas, namun anda boleh juga menggunakan campuran larutan lain untuk membersihkan sayuran dan buahan anda.
2. Larutan air garam :
Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air dan rendamkan makanan anda di dalam larutan selama 5 minit. Kemudian bilas sekali lagi untuk menyingkirkan air garam tersebut sebelum sayuran digunakan atau disimpan.
3. Larutan cuka :
Buat larutan dengan mencampurkan 1/2 cawan cuka bagi setiap 2 cawan air. Rendamkan makanan selama 5 hingga ke 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Kaedah ini akan menghilangkan kesan racun perosak dan mengurangkan bakteria. Namun ia akan memberi kesan kepada tekstur dan rasa makanan.
4. Larutan produk komersial :
Produk seperti Basic H yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee sering digunakan oleh para suri rumah untuk mencuci sayuran. Larutan organik yang diperbuat daripada jagung dan kelapa ini dikatakan dapat mengekalkan kesegaran makanan selain menjadikan sayuran layu semakin segar.
Sekarang anda tidak perlu risau lagi, cucilah segala sayur-sayuran dan buah-buahan dengan cara yang betul untuk mengelakkan seseorang termakan pasir, racun dan kotoran yang melekat pada makanan tersebut.
“Semoga info ini bermanfaat untuk anda”
“Selamat mencuba gais!”
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi