Home News Ini 5 Duit Syiling Yang Berjaya Dijual Dengan Nilai Yang Tinggi

Ini 5 Duit Syiling Yang Berjaya Dijual Dengan Nilai Yang Tinggi

0

Wang adalah cara yang kita gunakan untuk mengukur nilau sesuatu. Setiap nota atau duit syiling mempunyai nilai muka yang jelas ditunjukkan dan ini adalah sistem global yang digunakan supaya orang dapat menukarkan wang dengan produk dalam proses pembelian.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syiling yang bilainya lebih berharga daripada nilai mukanya. Ini biasanya kerana syiling itu sangat jarang ditemui atau sangat lama.

Ia mungkin telah menjadi sebagian daripada pengeluaran duit syiling terhad atau menjadi satu daripada hanya beberapa contoh duit syiling dari masa tertentu dalam sejarah.

Duit syiling ini sangat didambakan oleh numismatik atau pengumpul duit lama yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkannya. Ini 5 duit syiling paling mahal pernah dijual dalam sejarah.

1. Edward lll Florin 1343 (RM28.4 juta)

Screenshot 2023 05 31 150644

Usia duit syiling ini adalah faktor yang menjadikannya sangat berharga dan mengapa seseorang sanggup membayar RM28.4 juta untuk mendapatkannya dalam satu acara lelongan. Memandangkan bahawa duit syiling ini telah wujud selama lebih daripada 670 tahun, hakikat bahawa ia masih wujud sehingga ini adalah satu keajaiban.

Bayangkan berapa banyak duit syiling keluaran ini yang telah hilang dan pupus sejak ia diedarkan, dan kini hanya terdapat 3 unit duit syiling Edward lll Floring sahaja yang masih wujud di dunia.

2. The Brasher Doubloon 1787 (RM30.9 juta)

Screenshot 2023 05 31 150703

Sebuah firma pelaburan Wall Street membayar sebanyak RM30.9 juta untuk duit syiling emas dari Sepanyol ini dalam satu acara lelongan. Duit syiling ini direka oleh Ephraim Brasher, yang merupakan seorang tukang emas yang berbakat. Dia mahukan New York State untuk mula menghasilkan duit syiling menggunakan reka bentuknya dalam temabaga.

Walaubagaimanapun, kerajaan tidak bersetuju dan mengatakan bahawa mereka tidak mahu duit syiling yang diperbuat daripada temabaga.

Setelah itu, Brasher meneruskan dengan reka bentuknya tetapi menghasilkan kebanyakan duit syiling tersebut menggunakan gangsa. Dia hanya menghasilkan beberapa syiling menggunakan 22 karat emas dan nilainya kini melambung tinggi.

3. The Double Eagle 1933 (RM31.8 juta)

Screenshot 2023 05 31 150719

Duit syiling ini telah menjadi sangat berharga kerana sebab yang aneh. Syiling emas ini dihasilkan dengan cara tekanan pada tahun 1933. Walau bagaimanapun, duit syiling ini tidak pernah diedarkan. Ini kerana Presiden Franklin D. Roosevelt telah mengharamkan semua orang daripada memiliki emas pada tahun yang sama.

Beliau melakukan ini sebagai sebahagian daripada cubaan untuk menamatkan krisis perbankan kerana situasi kewangan Amerika Syarikat telah menyebabkan masalah yang dahsyat pada ketika itu.

Walaupun ia tidak pernah diedarkan secara rasmi, namun 20 unit syiling ini telah terlepas ke tangan orang awam dan kini mempunyai nilai yang sangat mengejutkan.

4. The Saint- Gaudens Doubel Eagle 1907 (RM31.8 juta)

Screenshot 2023 05 31 150910

Ini adalah satu lagi duit syiling yang telah dijual secara lelongan dengan harga RM31.8 juta. Syiling ini pada asalnya direka oleh Augustus Saint-Gaudens.

Malangnya, reka bentuk ini sangat rumit dan ia menimbulkan masalah tentang bagaimana United State Mint boleh menghasilkan syiling seperti itu.

Untuk mempermudahkan reka bentuk pengeluaran komersial, ketua pengukir, Charles Barber, memutuskan untuk membuat beberapa pengubahsuaian pada reka bentuk asal. Dia mengeluarkan frasa ‘In God We Trust’ dari reka bentuk duit syiling. Kongres tidak puas hati dengan pengubahsuaian ini, dan walaupun ia dihasilkan, tetapi hanya dalam jumlah yang terhad.

5. The Flowing Hair Silver / Copper Dollar 1794/5 (RM41.8 juta)

Screenshot 2023 05 31 150932

Syilig dengan nilai tertinggi di dunia ini adalah duit syiling pertama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat. Syiling tersebut bermula pada tahun 1794 atau 1795 dan diperbuat daripada 90% perak dan 10% tembaga. Apabila duit syiling ini dicetak, ia adalah yang pertama dikeluarkan selepas Persekutuan Mint ditubuhkan.

Ia terkenal kerana menggambarkan imej Liberty dengan rambut panjang yang beralun. Salah satu daripada syiling ini dijual dengan harga RM41.8 juta pada Januari 2013.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi