Home News Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kereta Axia ‘Rahmah’, Sebelum...

Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kereta Axia ‘Rahmah’, Sebelum Buat Pembelian

0

Selepas membuat pengumyman awal tahun ini mengenai model terbaru Axia 2023 yang bermula pada harga RM38,600 ,Axia telah membuat kejutan dengan mengumumkan kereta paling murah di Malaysia.

Kini Perodua telah mengeluarkan kereta yang paling basic tapi mampu untuk bawa anda dari satu tempat dengan harga hanya RM22,000. Kereta ini juga datang dengan tiga pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver serta Granite Grey.

Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kereta Axia E (2023)

1. Lagi Murah Dari Model Sebelum Ini

Screenshot 2023 06 21 150103

Axia E 2023 terbaru ini berharga RM22,000 tanpa insurans dan harganya RM2,090 lagi murah dari Axia E 2019 yang berharga RM24,090 dan RM16,600 lebih murah daripada model Axia terbaru 2023 yang paling murah iaitu RM38,600.

Produk terbaru dari Perodua ini disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan ia juga sering dengan objektif asal Axia E iaitu menyediakan kenderaan mampu mulik dan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Menurut CEO Dato Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua Axia E telahpun diuji terbukti di pasaran selama ini mereka percaya Axia E 2023 ini mampu memberikan perkhidmatan kepada pemilik motosikal untuk mempunyai kereta baru.

Malah harga bulanan yang perlu dibayar juga adalah serendah RM300 lebih kurang sama dengan kos seseorang untuk membeli motosikal baru.

2. Axia 2019 Dengan Bumper 2017

Screenshot 2023 06 21 150122

Dari segi bentuk rekaan pula, Axia E 2023 ini mempunyai bentuk yang sama seperti Axia E 2019, cuma bumper kereta ini menggunakan model lama dari tahun 2017.

Ia masih menggunakan enjin 1.0 liter 3-siliner 1KR-VE DOHC 12V VVT-i sama yang dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Enjinnya menghasilkan kuasa 50kW (67hp) dan tork 91Nm. Axia E ini mempunyai tangki bahan api 33 liter dan berat kerb 825kg menjadikan kecekapan bahan apinya dalam kadar 22.5km per liter.

3. Satu-Satunya Kereta Perodua Dengan Transmisi Manual

Screenshot 2023 06 21 150151

Selepas memperkenalkan D-CVT penuh sebagai piawaian untuk Myvi 2022 dan all-new Axia 2023, Axia E baru ini dikeluarkan dengan transmisi manual. Selain menjadi kereta termurah di Malaysia, Axia E ini juga sangat sesuai digunakan untuk sekolah memandu.

4. Ciri Keselamatan 4 Bintang ASEAN NCAP

Sebagai kereta yang sangat basic, beberapa ciri keselamatan yang boleh didapati pada Perodua Axia 1.0G tak diberikan pada Axia E ini. Apa yang anda akan dapat hanyalah dua beg udara dan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Ciri-ciri keselamatan lain seperti Sistem Brek Antikunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) atau Kawalan Traksi (TC) tidak disediakan.

Axia E ini masih berjaya penilaian 4 bintang ASEAN NCAP dari Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

5. Kereta Ini Sangat Basic

Screenshot 2023 06 21 150205

Selain tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang disebut dekat atas, Axia E 2023 ini juga tidak mempunyai penguncian pusat, kunci alat kawalan jauh dan alarm.

Kereta ini juga tidak disediakan radio atau speaker termasuk tikar karpet, tetapi sekurang-kurangnya kereta ini mempunyai penghawa dingin, stereng kuasa elektrik dan power window. Selain itu, untuk kereta harga seperti ini, Perodua juga tidak menyediakan sports rim dan hanya gunakan rim besi berukuran 14 inci.

Seperti disebutkan tadi, kereta ini memang sangat sesuai untuk orang yang betul-betul memerlukan kereta dan min percaya ia dapat membantu banyak orang.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang