Home News Ini 7 Sebab Kenapa Duit Syiling Lama Dijual Dengan Nilai Yang Tinggi

Ini 7 Sebab Kenapa Duit Syiling Lama Dijual Dengan Nilai Yang Tinggi

0

Duit syiling RM1 lama dijual RM10,000 sekeping, ini 7 sebab yang perlu anda tahu. Zaman sekarang ini duit syiling yang paling besar nilainya adalah duit 50 sen, tetapi bagi mereka yang tidak tahu pada zaman dahulu terdapat duit syiling yang bernilai RM1. Sekarang sudah tiada lagi kelihatan dan hanya wang kertas sahaja digunakan bagi nilai RM1.

Jika anda seorang pengumpul syiling-syiling lama ataupun menyimpan duit syiling lama sebagai koleksi, mungkin ada nilai stiling tersebut yang sangatlah tinggi dan mungkin membuat anda rambang mata.

Contohnya disebuah portal membeli-belah terkenal iaitu Lazada, seorang pengguna menjual syiling RM1 tahun 1994 dengan harga sebanyak RM10,000.

Screenshot 2023 06 02 104852

Banyak betul nilai duit itu, tapi jangan terkejut pula kalau ada yang sanggup membeli dengan harga RM10,000 hanya untuk mendapatkan sekeping syiling tersebut. Di Malaysia boleh tahan juga bilangan orang yang mengumpul wang lama.

Terdapat sebuah kelab yang ditujukan khas bagi pengumpul wang lama ini dan nama kelab tersebut adalah Kelab Numismatik Malaysia. Numismatik bermasuk wang lama, dan pada tahun 2013 sahaja bilangan mereka sudah mencapai 52,826 ahli.

Screenshot 2023 06 02 104912

Wwalaupun tidak ramai followers, akan sudah ada beberapa kumpulan di aplikasi Facebook yang ti,bul seperti Hantu Duit-Duit, Lot Gila Duit dan Kemaruk Duit Lama.

Ini 7 sebab kenapa nilai wang lama begitu mahal sekali:

1. Low Mintage (Jumlah pengeluaran / tempaan yang sedikit)
2. Kepelbagaian syiling (Jenis logam / kilang tempa)
3. Sejarah duit tersebut
4. Kondisi duit (VG, F, VF, EF atau ENC)
5. Lambakan duit syiling sama pada satu sama
6. Duit syiling error
7. Permintaan dari pengumpul duit lama

Namun ada juga yang berjaya menjual duit lama tidak kisah duit kertas atau syiling dengan nilai yang tinggi kepada orang yang dikenali sebagai numismatik. Anda boleh juga menjual duit syiling lama tersebut, tetapi bertanya kepada orang yang pakar terdahulu mengenai wang lama ini boleh dijual ataupun tidak.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang