Simpanan KWSP merupakan salah satu simpanan mandatori yang dikenakan pada majoriti pekerja, melainkan anda adalah salah seorang pekerja malang yang bekerja dengan majikan yang tak nak bayar KWSP.
Memang ada kes sedemikian rupa berlaku, disebabkan oleh keengganan majikan dalam membayar caruman pihak mereka setiap bulan. Alangkah ruginya anda kerana simpanan KWSP ini, oleh kerana mandatori sedar-sedar duit kita dah terkumpul dalam akaun. Rugi jika anda tidak mendapatkan KWSP ini.
Simpanan KWSP ini pula boleh digunakan untuk beberapa tujuan khas yang sedikit sebanyak dapat membantu kita menguruskan hidup. Ini 7 kemudahan pengeluaran KWSP yang ada dan layak untuk dimanfaatkan oleh kita semua.
1. Pengeluaran mengurangkan baki pinjaman rumah
Sekiranyaanda salah seorang pencarum KWSP, anda boleh menggunakan wang terkumpul anda dalam Akaun 2 bagi membantu anda mengurangkan jumlah pinjaman kemudahan ini untuk membayar pinjaman rumah anda, malahan pasangan ynag sudah berkahwin turut sama boleh tolong membayarkan rumah pasangan mereka.
2. Pengeluaran hilang upaya
Bagi mana-mana individu yang tidak bernasib baik hilang upaya fizikal secara kekal ataupun hilang upaya mental, sehingga menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung kos hidup. Anda dibolehkan untuk melakukan pengeluaran sepenuhnya wang anda daripada kedua-dua akaun KWSP bagi menampung hidup anda.
Untuk pengeluaran hilang upaya ini, dokumen yang paling penting adalah dokumen pengesahan berkenaan status pencarum yang dibuat oleh pihak perubatan atau hospital di mana rawatan dibuat.
Sekirany seseorang itu kurang siuman sehingga menjadikan dirinya gagal untuk menguruskan dana yang bakal diperolehi, dana simpanan itu akan diserahkan kepada mana-mana individu yang layak menerimanya seperti pasangan, anak atau ahli keluarga untuk memastikan dana itu tetap dapat disalurkan.
3. Pengeluaran pendidikan
Berikutan ketiadaan lagi dana MyBrain15 yang sebelum ini menjadi bantuan kewangan ramai pelajar dalam melanjutkan pengajian mereka, penulis merasakan kemudahan pengeluaran pendidikan KWSP bakal menjadi pilihan dengan jumlah semakin ramai memanfaatkannya.
Bagaimanapun, pengeluaran ini hanya boleh dilakukan selepas anda selamat mendaftar dengan mana-mana institusi pengajian tinggi. Jadi nak ataupun tak nak, untuk pembayaran pendaftaran kali pertama yang nilainya mampu mencecah ribuan ringgit perlulah didahulukan sebelum pengeluaran dapat dilakukan.
Ahli KWSP boleh menggunakan kemudahan ini untuk membiayai yuran pengajian mereka ataupun membayar yuran pengajian anak atau anak tiri mereka yang sedang belajar. Semua dana terkumpul dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk tujuan ini.
4. Pengeluaran untuk membeli atau membina rumah
Untuk ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan bagi melayakkan mereka mendapatkan kos permulaan bagi membeli atau membina rumah , anda boleh mengeluarkan dana daripada akaun 2 untuk tujuan ini.
Tidak kiralah sama ada anda mahu membeli kediaman atau membina kediaman sendiri, syarat-syarat yang diletakkan hampir serupa di mana nilai yang boleg dikeluarkan tidak boleh melebihi 10% kos rumah tersebut.
Harus diingatkan, untuk melayakkan anda menggunakan pengeluaran ini mestilah tidak melebihi tempoh 3 tahun daripada tarikh asal perjanjian jual beli atau pembinaan yang telah dilakukan.
5. Pengeluaran simpanan lebih RM1 juta
Sekiranya anda di antara individu-individu yang berjaya menyimpan lebih RM1.05 juta dalam kedua-dua akaun 1 dan 2, anda sebenarnya boleh mengeluarkan simpanan anda untuk sebarang tujuan peribadi.
Syaratnya pula anda boleh mengurangkan pengeluaran minima sebanyak RM50 ribu dalam satu permohonan. Lebih tak apa, jangan kurang.
Urusannya juga mudah tanpa perlu mengisi sebarang bentuk borang. Bagamanapun harus diingatkan, permohonan pengeluaran ini hanya dibuka untuk mana-mana individu berusia kurang daripada 55 tahun sahaja dan setiap permohonan pengeluaran hanya boleh dilakukan dalam tempoh sekali dalam jarak 3 bulan.
6. Pengeluaran ansuran bulanan perumahan
Berbeza dengan pembiayaan jumlah baki pinjaman, pengeluaran ansuran bulanan perumahan pula digunakan bagi membantu ahli membayar jumlah yang perlu dibayar setiap bulan pada bank, melibatkan pinjaman perumahan.
Setiap permohonan untuk kemudahan ini mestilah menggunakan durasi minima 6 bulan bayaran atau 6 kali bayaran, dengan amaun yang akan disalurkan berdasarkan kepada jumlah yang telah disahknan oleh pihak bank.
Anda boleh memilih sendiri berapa kali bayaran akan dibuat oleh pihak KWSP, sebagai contoh 9 bulan, setahun atau 2 tahun asalkan baki yang ada dalam akaun 2 anda mencukupi untuk membiayai jumlah yang diperlukan.
7. Pengeluaran kesihatan
Sekiranya anda berhadapan dengan nasib malang ditimpa penyakit kritika seperti sakit jantung, strok, kanser, penyakit buah pinggang dan beberapa penyakit lain, anda boleh mengeluarkan simpanan anda daripada jumlah akaun 2 anda tanpa had.
Selain itu, anda juga dibenarkan untuk mengeluarkan dana KWSP anda bagi tujuan pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh pihak KWSP. Kemudahan pengeluaran ini boleh dimanfaatkan untuk membantu bukan sahaja ahli, malahan pasangan kepada ahli, anak, anak tiri dan anak angkat kepada ahli.
Anda boleh menyemak senarai penyakit kritikal yang dibenarkan pengeluaran di website KWSP atau aplikasi i-Akaun.
Ada beberapa jenis pengeluaran lain yang dibenarkan oleh KWSP seperti pengeluaran untuk meninggalkan negara selepas melucutkan status kewarganegaraan dan pengeluaran kematian, bagi ahli yang telah meninggal dunia.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi