Fenomena perubahan standard kereta yang ketika ini sedang beralih daripada sistem enjin konvensional berasaskan bahan petroliam kepada jenis yang dipacu motor elektrik semakin dirasai kehangatannya.
Dalam hangat-hangat perbincangan berkenaan topik ini, pasti anda akan menemui banyak terma-terma baru berkenaan teknologi kenderaan yang sebelum ini kurang disebut-sebut tetapi kini sudah jadi popular di bibir pemilik kenderaan.
Sebagai masyarakat yang gemar kereta, orang Malaysia pasti gembira melihat peralihan ini sedang berlaku, tetapi pastikan kita faham apa yang sedang dibincangkan dan berikut adalah 8 akronim atau singkatan yang biasa ditemui berkenaan tajun ini.
Baca lagi: Tempat Laluan OKU Dihadang Kereta, No Plat Kereta Pula Jadi Bualan
Baca lagi: “King Buat Hal Lagi”-Rakaman Myvi Tukar Lorong Buat Netizen Terhibur
Lihat juga video klip dibawah:
1. EV
Ini yang paling asas! ‘EV’ merujuk kepada ‘Electric Vehicle’ atau kenderaa elektrik. Akronim ini tidaklah hanya meliputi kenderaan jenis kereta, sebaliknya merangkumi kesemua jenis kenderaan termasuklah motorsikal, lori, van dan sebagainya yang dipacu motor elektrik.
Kalau dalam Bahasa Melayu, terjemahannya mungkin ditulis ‘Kenderaan Elektrik’.
2. ICE
Ice dalam automotif bukanlah merujuk kepada air beku atau sejenis dadah. Ice ini merupakan singkatan kepada Internal Combustion Engine atau Enjin Pembakaran dalam Bahasa Melayu.
Semua jenis kenderaan berasaskan petroliam sebagai bahan bakarnya dilabelkan sebagai Ice bagi memudahkan kita membezakan di antara EV dengan Ice.
3.AC dan DC
Turut merujuk kepada kumpulan Rock ACDC yang mengambil inspirasi daripada perkara sama, AC dan DC merupakan dua kategori litar yang digunakan dalam proses mengecas kereta elektrik.
AC merujuk kepada alternating current, sementara DC merujuk kepada direct current yang jauh lebih pantas pengecasnya.
Spesifikasi AC dan DC ini bakal menjadi penting dalam penggunaan EV, kerana inilah yang akan menetapkan standard yang mengubungkan litar plag elektrik dengan pengecas di kereta.
4. kW
kW merujuk kepada kiloWatt, mewakili jumlah penggunaan elektrik sesuatu barangan. Dalam sektor EV, unit ini menjadi standard dalam pemandu mengukur jarak perjalanan yang boleh dicapaidengan kuasa diguna.
Bagi kenderaan Ice, biasanya kita menggunakan unit kilometer dibandingkan dengan jumlah liter bahan bakar yang kita guna untuk perjalanan biasanya ditulis sebagai km/l. Dengan EV, perbandingan sama dilakukan tetapi ditulis km/kW.
5. WLTP
WLTP merupakan singkatan kepada Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure, yang dijadikan standard ukuran sejauh mana sesebuah EV boleh berjalan daripada bateri penuh sehingga kosong.
Sesebuah kenderaan yang diuji mengikut standard diteteapkan oleh badan WLTP Eropah, akan melalui sesi ujian pada kelajuan purata 46km/j bagi mengukur ketahanan bateri yang dipasang. Kenderaan yang melepasi ujian ini dikatakan mempunyai tahap ukuran bateri yang lebih diyakini dalam pasaran.
6. REX
Tidak mewakili sejenis dinosaur, REX dalam glosari EV merujuk kepada Range Extenders atau ‘Penambah Jarak Perjalanan’.
Bukan semua kenderaa EV mempunyai sistem REX, kerana sistem ini biasanya dijual secara aksesori tambahan. Mana-mana kenderaan EV yang dipasangkan REX, mempunyai sebuah enjin kecil ketika ini masih berasaskan petroliam yang digunakan sebagai generator pengecas bateri EV.
Sistem ini membolehkan sesebuah EV bergerak lebih jauh jaraknya, namun REX dikatakan sudah mula ditinggalkan teknologinya kerana pengeluar mahu menjadikan 100% EV sebagai standard utama.
7. RPH
Jika kita sudah selesa menggunakan kiraan KM/J selama ini, RPH mungkin akan menggantikannya. RPH adalah singkatan kepada Range per Hour atau dalam bahasa Melayu, Jarak Perjalanan dalam Satu Jam Pengecasan.
RPH mewakili berapa jauh jarak perjalanan yang biasanya mampu dibuat oleh sebuah kenderaan elektrik, agar mudah pemandu menganggar berapa jauh kenderaan mereka boleh bergerak selepas dicas dalam satu tempoh.
8. Regen
Di antara kebanyakan faedah EV, rasanya ini adalah faedah terbesar yang membezakan di antara kenderaan Ice dengan Ev.
Regen merujuk kepada Regenerative Breaking atau Brek Penajan Semula, sejenis sistem berasaskan magnet yang mampu mengecas kembali bateri kereta EV setiap kali tuil brek dipijak atau pemacu kereta dilepaskan.
Di antara banyak teknologi yang diperkenalkan oleh EV, regen mungkin faktor terbesar yang akan mengubah cara dan kaedah kita memandu kereta EV.
Dengan kawalan penggunaan brek yang baik, kita mampu mengoptimumkan tahap pengecasan semula bateri seterusnya memanjangkan lagi jarang perjalanan yag boleh kita tempuh.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi