Tak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak. Apa lagi kalau banyak terkesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan.
Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak-anak kita yang sedang membesar adalah perkara biasa. Kadang-kadang belum sempat kering lagi dah tumpah semula pada karpet atau kerusi.
Kalau tak sempat untuk membasuh kereta ada baiknya anda cuba beberapa petua untuk hilangkan baunya. Mengikut petua yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria di akaun instagramnya ini patut anda cuba. Bukan hanya bau busuk hilang, malah kereta juga kekal segar seperti baru dicuci.
Baca lagi: Cara Nak Dapatkan Cas Delivery Serendah RM1 Dalam Aplikasi Grab, Ikuti Sahaja Langkah-Langkah Ini
Baca lagi: Anjing Diikat Di Tengah Panas, Tindakan Lelaki Ini Bantu Lepaskan Anjing Raih Pujian
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
- Sediakan satu bekas plastuik. Saya pakai bekas beli ‘tau fu fa’.
- Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur ada banyak.
- Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
- Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawah kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserapkan oleh bau kopi yang segar aromanya.
Macam Mana Nak Wangikan Kereta?
Bukan semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual di pasaran. Ada yang alah dengan bau-bauan ini malah tak kurang juga boleh terus muntah bila menggunakan pewangi kereta. Penghidap asma biasanya cukup alah dengan pewangi.
1. Daun Pandan
Hiris daun pandan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja dan hasilkan kereta akan lebih harum dan segar.
2. Lemon
Sediakan dua hirisan lemon dan letakkan di dalam kereta anda. Buka sedikit tingkapnya supaya ada udara yang masuk dan bertindak balas. Biarkan sahaja lemon dan hasilkan bau bukan sahaja hilang tetapi juga lebih harum.
3. Limau Purut
Limau purut juga bertindak seperti lemon. Hiris dan letakkan di dalam kereta anda. Biarkan aromanya meresap pada seluruh kereta anda.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang