Home News Ini Cara Mudah Untuk Anda Simpan Duit, Mari Lihat Langkah-Langkah Nya

Ini Cara Mudah Untuk Anda Simpan Duit, Mari Lihat Langkah-Langkah Nya

0

Apabila melangkah ke alam pekerjaan, kita sering dinasihatkan untuk mempunyai tabung simpanan kecemasan.

Ibarat kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, tiada siapa akan tahu jika sesuatu yang buruk akan berlaku pada diri kita pada masa akan datang seperti kemalangan atau diberhentikan kerja.

Baca lagi: Cleaner Jumpa Duit Hampir RM11 Juta Di Lapangan Terbang, Sekali Tindakannya Buat Ramai Yang Tak Sangka

Baca lagi: Wanita Meraung Lihat Kucing Kesayangan Dibelit Ular, Sekali Reaksi Ibunya Pula Tarik Perhatian Ramai

Screenshot 2023 07 10 153903
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Mari Lihat Cara Mudah Simpan Duit 

1. Simpan Dulu Baru Belanja

Setiap kali menerima gaji, kita pasti terfikir untuk makan sedap-sedap di luar, keluar menonton wayang dan macam-macam lagi.

Gaji yang dibelanjakan dengan boros boleh habis sekelip mata. Sebaiknya, simpan sebagaian duit gaji yang diterima terlebih dahulu.

Antaranya, anda boleh pindahkan simpanan itu ke akaun bank lain atau melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Serta lebihan daripada simpanan tersebut boleh digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda.

2. Asingkan Duit Tunai

Setiap kali anda mempunyai wang kertas RM5, RM10, RM20 atau RM50, asingkan ia dalam tabung atau sampul khas. Malah, anda juga boleh mengelaskan setiap sampul itu mengikut nilai wang berbeza.

Sebagai contoh, jika anda mengasingkan duit RM10 sebanyak RM10 kali dalam sebulan dengan mudah anda sudah dapat menyimpan RM100.

3. Jangan Order Air

Setiap kali menjamu selera di restoran atau kedia makan, anda boleh membawa air masak sendiri dan elakkan order air manis. Dengan cara ini, anda dapat melakukan penjimatan kecil dan pada masa sama boleh mengurangkan pengambilan gula.

Contohnya air segelas RM2 dan anda makan di kedai dua kali sehari, ia bermakna anda membelanjakan RM4 sehari untuk air.

RM40 untuk 30 hari bersamaan RM120. Apabila anda membwa air minuman sendiri, ia bermakna anda berjaya menjimatkan RM120 dan ia boleh disalurkan dalam tabung simpanan kecemasan anda.

4. Kutip Duit Syiling

Ramai orang memandang remeh kehadiran duit syiling dan membiarkan ia terkumpul di dalam kereta, di atas meja dan sebagainya.

Anda sewajarnya menyimpan duit syiling dalam satu bekas atau tabung khas. Semakin banyak dikumpul, semakin banyak nilai yang dapat ditukar nanti.

Duit syiling ini boleh ditukar kepada wang kertas atau disimpan terus di bank dan disalurkan dalam tabung kecemasan anda.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SarangBurung