Seperti orang lain, pelakon top seperti Hyun Bin, Lee Min Ho, Ji Chang Wook dan lain-lain juga mempunyai cita rasa masing-masing dalam mencari pasangan.
Gambaran Hyun Bin tentang wanita idealnya pula mengingatkan peminat kepada Son Ye Jin, aktres yang dia tengah dating sekarang.
Lee Dong Wook
“Saya mahukan seseorang yang boleh jadi tempat bergantung dan meluah bila berada dalam kesusahan.” kata Lee Dong Wook yang berkongsi tentang wanita idealnya semasa menyertai program ‘Because I Want To Talk’.
Tambahnya lagi, dia lebih pentingkan wanita yang boleh memujuk aktor tersebut tak kisah walau macam mana pun penampilannya.
Ji Chang Wook
Ketika sesi pertemuan dengan peminat, Ji Chang Wook berkongsi wanita idamannya tanpa ragu-ragu. Kata Chang Wook, dia tertarik dengan gadis peramah dan ada persamaan dengannya.
“Akan ada seorang gadis yang buat saya happy, hanya dengan berada di sisi saya.” katanya. Chang Wook turut mengejutkan ramai dengan pengakuan yang dia lebih suka date dengan orang bukan selebriti.
Lee Min Ho
“Saya rasa saya sukakan seseorang yang ceria dan optimistik. Bila saya letih balik kerja, dia boleh buat saya happy, cukup cuma duduk di sebelah saya. Saya rasa gadis seperti ini sangat menarik. Seorang wanita yang confident dan tahu cara untuk sayang diri juga mengagumkan saya.” – Lee Min Ho
Tambahnya lagi, wanita idealnya tak adalah perlu tinggi sangat tetapi mesti berkulit cerah. Seseorang itu juga mestilah matang, kadang-kadang boleh juga tunjuk sisi comel dan clumsy serta hormat orang tua.
Bagi aktor tersebut juga, perasaan terhadap wanita itu juga lebih penting daripada penampilan. Tentang kehidupan perkahwinannya pula, dia impikan kahwin cuma sekali sebagaimana ibu bapanya. Lee Min Ho tak suka perceraian dan percaya kahwin terlalu awal mungkin senang bercerai.
Lee Jong Suk
Manakala lelaki yang terkeluar daripada siri komik dalam ‘W: Two Worlds’ ini pula mengidamkan wanita yang boleh kawal dia dan mengajarnya banyak benda.
Selain itu, dia nak girlfriend yang selalu memberi galakan dan sanggup dengar masalahnya. Lee Na Young adalah orang terdekat dengan wanita idealnya sebab suka stail isteri Won Bin itu bercakap.
Hyun Bin
Sementara tunggu berita bahagia Hyun Bin dan aktres Son Ye Jin, peminat gali interview lama Hyun Bin.
Ketika itu, Hyun Bin pernah kata dia nak cari orang yang boleh faham dirinya dan kesibukan jadualnya.
“Saya nak bersama dengan seseorang yang memahami sebab bukan senang nak jumpa orang yang boleh simpati dengan kerja saya.” kata bintang ‘Crash Landing On You’ itu.
Peminat terus tertanya adakah dia maksudkan Son Ye Jin sebab aktres itu juga sesama pelakon jadi mungkin boleh faham segala kesusahan yang dihadapi Hyun Bin.
Sumber: Kbizoom