Home Concert Ini Kesan Ekonomi Yang Dahsyat Berlaku Setiap Kali BTS Buat Persembahan

Ini Kesan Ekonomi Yang Dahsyat Berlaku Setiap Kali BTS Buat Persembahan

0

Baru-baru ini kota Las Vegas, Amerika Syarikat bercahaya ungu kerana BTS mengadakan konsert di sana. Apakah impak yang dibawa oleh BTS pada setiap kali mereka membuat persembahan?

Memetik laporan Hypebeast Korea, Institut Kebudayaan dan Pelancongan Korea baru-baru ini menyatakan jangkaanya, “Sekiranya BTS mengadakan konsert di Korea ketika tempoh pasca-coronavirus, kesan ekonomi boleh ditingkatkan dari 619.7 bilion won (RM 2 billion) kepada 1.2 trilion won (RM 4 billion) setiap persembahan.”

Selain itu, Institut Penyelidikan Kebudayaan dan Pelancongan Korea menjangka bahawa jika BTS melakukan 10 persembahan dalam masa setahun di Korea, ia akan menjana sehingga 1,227 bilion won dari segi impak ekonomi.

Angka tersebut adalah berdasarkan anggaran Pusat Penyelidikan Industri Budaya Gwangyeon Moon dengan menggabungkan tiket konsert , jualan produk yang dirancang, perbelanjaan pelancong asing , kos pengangkutan dan kos penginapan. Turut dilaporkan hal ini boleh membuka peluang pekerjaan.

Analisis ini berdasarkan konsert-konsert BTS terdahulu anggaran jumlah penonton serta kadar kemasukan pelancong asing.