Melodrama ‘Winter Sonata’ dari Korea Selatan ini pasti akan membuatkan penonton dan pengikut K-drama sejak awal tahun 2000-an mengimbau memori atau nostalgia lampau.
Boleh dikatakan drama romantis inilah pencetus Gelombang Korea (Hallyu) yang melanda Asia setibanya kalendar milenium.
Ceritanya mengisahkan tentang sepasang kekasih bernama Jun Sang (Bae Yong Joon) dan Yoo jin (Choi Ji Woo). Suatu hari, Jun Sang ditimpa kemalangan dan hilang ingatan.
Sepuluh tahun berlalu. Yoo jin bekerja sebagai pereka dan bertunang dengan kekasih barunya merangkap kawan sekolah dulu, Sang Hyuk (Park Yong Ha). Dia yang percaya Jun Sang dah meninggal bagaikan tak percaya bila ternampak sosok tubuh lelaki itu berdiri di pinggir jalan…
Mula ditayangkan pada tahun 2002, sedar tak sedar sudah 19 tahun berlalu. Apa khabar agaknya bintang utama ‘Winter Sonata’ ini? Namun ada khabar duka menimpa pemegang watak tunang Yoo Jin yang anda akan jumpa akhir artikel ini nanti.
Untuk lebih feel, boleh menatal artikel ini sambil layan lagu OST drama ini yang tak ditelan dek zaman:
Bae Yong Joon (Jun Sang)
Walaupun sudah jarang muncul di skrin TV, aktor kelahiran tahun 1972 ini tetap popular dan antara selebriti terkaya di Korea Selatan. Sempat mematahkan hati peminat dengan menjadi suami kepada aktres Park Soo Jin.
Choi Ji Woo (Yoo jin)
Pesonanya tidak pernah luntur meskipun usianya kini sudah masuk 4 series. Kini bahagia bergelar ibu dan bakal membintangi drama thriller ‘Goosebumps’ menurut Soompi.
Tambahan: Park Yong Ha (Sang Hyuk)
Pada tahun 2010, pelakon dan penyanyi ini meninggal dunia kerana bunuh diri pada usianya sekitar 33 tahun. Ditemui dalam keadaan tidak bernyawa setelah menggantungkan dirinya dengan kabel charger telefon bimbit. Puncanya dipercayai kerana depresi dan tekanan.