Pelbagai bantuan dan insiatif dilancarkan oleh pelbagai kementerian atau jabatan kerajaan mengikut mandat dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara yang sama berlaku dengan Belanjawan 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Lihat juga video dibawah:
https://youtube.com/shorts/qP7oxTx48Jk?feature=share
STR Fasa 3
Difahamkan, bayaran STR untuk fasa pertama dan kedua telah dikreditkan pada Januari dan April. Jadi inilah masanya untuk mengeluarkan bayaran STR Fasa 3 kepada yang layak, termasuk penerima keluarga, warga emas dan individu bujang. Bergantung kepada kategori dan pendapatan penerima, jumlah bayaran adalah antara minimum RM150 hingga maksimum RM800.
Bayaran telah dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai 26 Jun 2023. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank mereka tidak aktif, pengeluaran tunai boleh dibuat melalui cawangan Bank Negara (BSN) yang berhampiran.
Berikut Adalah Alasan Dan Kod Kenapa Anda Tidak Lulus Permohonan STR Untuk Fasa 3 Ini:
Apa perlu anda buat jika SPR anda tidak lulus? Jika tidak lulus, sila buat permohonan semula atau rayuan STR.
Cara Rayuan STR
Kerajaan akan mengemukan rayuan STR selama sebulan, yang akan dibuka dari 3 Julai hingga 31 Julai 2023 khas bagi mereka yang tidak lulus permohonan STR Sumbangan Tunai Rahmah.
1. Mohon secara dalam talian di portal rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Atau sila hantar borang rayuan ke kaunter LHDNM yang berdekatan.
Kaedah rayuan boleh difailkan secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR atau dengan menghantar borang kertas ke pejabat LHDNM berhampiran.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang