Sejak daripada episod pertama musim ke-2 rancangan realiti tvN “Unexpected Business”, ia telah berjaya menarik perhatian penonton, berkat kemunculan ramai bintang popular.
Terdapat satu situasi yang lucu telah menjadi ‘highlight’ rancangan itu, dimana Lee Kwang Soo memarahi pelakon terkenal, Kim Woo Bin.
Khususnya, apabila trio Kim Woo Bin, Lee Kwang Soo, dan Lim Joo Hwan melakukan kerja sambilan di pasar raya tempatan di luar bandar dan mula membincangkan pengagihan kerja kepada setiap ahli.
Melihat sebuah motosikal yang diletakkan di luar pasar raya, Lim Joo Hwan mencadangkan, “Kwang Soo sepatutnya bertanggungjawab ke atas penghantaran.
Anda seorang sahaja yang mempunyai lesen motosikal di sini.” Apabila mereka berdua bercakap tentang perkara ini, Kim Woo Bin diam-diam berdiri di belakang dan berpura-pura tidak mendengar apa-apa.
Menyedari kesunyian secara tiba-tiba daripada Kim Woo Bin, Lee Kwang Soo berkata, “Woo Bin ah, kenapa awak tidak berkata apa-apa? Saya tahu awak juga ada lesen motosikal.”
Baca lagi: Seorang ‘Ahjussi’ Menyangka Lee Kwang Soo & The Geng Ahli BTS
Apabila didedahkan oleh seniornya, Kim Woo Bin hanya boleh ketawa dan menyatakan rasa terkejut: “Lesen motosikal? Awak tahu saya mempunyai lesen motor?”. Lee Kwang Soo seterusnya mendedahkan, “Saya juga telah memberinya ‘tips’ untuk lulus peperiksaan lesennya.”
Pada ketika itu, Woo Bin telah mendapat semula ingatannya. Sementara itu, Kwang Soo yang sedang merajuk menyambung, “Tetapi sekarang sangat menyedihkan bagaimana dia berpura-pura tidak mendengar sambil merenung ke luar tingkap”.
Kim Woo Bin tertawa terbahak-bahak dan berkata, “Saya benar-benar tidak mendengar awak semua,” dan memberitahu Lee Kwang Soo, “Tetapi awak akan tetap bertanggungjawab dalam penghantaran, bukan?”.
Sumber: kbizoom