Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman tiktok di mana video tersebut memperlihatkan seorang lelaki hampir mati digilis van. Dalam rakaman tersebut lelaki tersebut datang ke arah van dan tunduk seperti ingin mengambil sesuatu. Kemudian, isterinya yang datang dari arah belakang terus menghidupkan enjin dan tindakannya membuatkan van tersebut bergerak ke belakang dengan agak laju. Nasib menyebelahi lelaki tersebut apabila melihat dia masih selamat walaupun kejadian tersebut hampir-hampir meragut nyawanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mencela perbuatan wanita terbabit yang dilihat bukan sahaja membahayakan suaminya, malah orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Ramai juga netizen yang pernah mengalami situasi yang hampir sama.
“Beringatlah semua.. Aku penah kena mcm ni.. Kebetulan wife ada depan keta, nasib sempat elak.. Tgh mngndung pulak masa tu. Keta luncur msuk kedai makan..”
“pernah kena. trauma sampai skrg free gear dulu baru start”
Lihat video penuh di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Nsa HF : Laki yg baik dia xkn mrh dia akn tegur dan pesan baik2 kt bini dia..jngn bt mcm tu bahaya dan bla2
@AbeyLenozz : nasib laki dia sempat angkat kalau tak arwah laki dia knk laggr van tu
@muhammadsyahidali : bini dia takkan salah punya.. salah laki dia sebab tinggal kunci kat ignition
@Dora Ohh : tak tak..husband dia yg kena maki dgn dia..salah laki sebab dia pergi tunduk bawah tu
@Kerri : sebabtu la kereta manual sekarang kena tekan clutch dulu. bukan takat pulas kunci je
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram