Home News Isteri Jutawan Dedah Perbelanjaan Sehari RM77,000

Isteri Jutawan Dedah Perbelanjaan Sehari RM77,000

0

Isteri jutawan berumur 23 tahun dedah dirinya berbelanja RM77,000 sehari. Seorang isteri jutawan bernama Linda Andrade berkongsi rutin hariannya yang mewah dan mendedahkan dirinya berbelanja kira-kira RM77,000 sehari.

Isteri bertuah itu berusia 23 tahun dan berasal dari Amerika Syarikat (US) dan kini menetap di Dubai, menjalani gaya hidup glamor dengan melakukan aktiviti mewah.

Linda yang gemar berkongsi rutin hidupnya, sering memuat naik video di laman TikTok berkongsi dengan awam tabiat berbelanjanya.

Baca lagi: Tak Perasan Ada Selumbar Dalam Masakan, Wanita Buang Semua Sudip Kayu Selepas Tertelan Selumbar

Baca lagi: Comel, Sedap Dan Halal. Rupanya Penguin Halal Dimakan Oleh Umat Islam

Dalam satu perkongsian di TikTok yang bertajuk ‘Berapa banyak saya berbelanja dalam sehari sebagai isteri jutawan?’, dia mempamerkan barangan yang dibeli serta rutinnya.

Barangan itu termasuk beg jenama Chanel yang berharga RM32,000, berbelanja sebanyak RM372 untuk kopi latte, RM1,800 untuk urutan detoks dan membayar RM2,300 kepada pemandu peribadi.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sekali gus membuatkan warga maya terpegun dengan kemewahan yang dimiliki olehnya.

Disebabkan mempunyai masa yang terluang, Linda sekali lagi membuat video berkaitan perkara yang baik bersama dengan seorang jutawan selain wang hingga ia menjadi tular sekali lagi.

Linda mendakwa lelaki kaya lebih seronok untuk diluangkan masa bersama.

Ini kerana hidup mereka tidak begitu tertekan dan setiap hari mempunyai majlis untuk dihadiri.

Dalam pada itu, wanita itu juga berkata lelaki yang kaya mempunyai banyak masa lapang untuk dirinya sendiri.

Jika bertengkar antara satu sama lain, lelaki kaya itu akan selalu meminta maaf dengan kad kreditnya dan membeli hadiah untuk memujuk wanita itu.

Dengan perkongsian itu, Linda memperoleh lebih daripada setengah juta pengikut di TikTok.

Turut mempunyai perniagaan sendiri

Walaupun hidup terlalu mewah, namun Linda menjelaskan segala kekayaan itu bukanlah datang daripada suaminya sahaja, Ricky Andrade yang menjalankan perusahaan mata wang kripto.

Akan tetapi dia sendiri juga memiliki beberapa perniagaan diusahakannya sendiri.

Seawal usia 19 tahun, Linda membuka perniagaan medi-spa miliknya sendiri, Flip Your Look dan ‘laku keras’ hingga dia menjadi kaya raya.

Menurut Baltimore Post Examiner seperti yang dilapor Daily Mail, dia membuka perniagaan itu di Las Vegas dan California.

Hasil kejayaan itu dia berjaya membuka banyak lagi francais di beberapa lokasi lain di seluruh US.

Difahamkan dia berpindah ke US (dari negara asal) sewaktu berusia dua tahun dan menetap di sana sehinggalah berkahwin dengan Ricky pada usia 19 tahun sebelum berpindah ke Dubai kini.

Lihat klip video di bawah:

@lionlindaa Can you believe we dont have a jacuzzi? #howmuchispendinaday #rich #money #wife ♬ original sound – 💸Original Dubai Housewife💸

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.