Home News Isteri ‘Kalah’ Dengan Janda Anak Satu, Suami Minta Cerai Kerana Tidak Suka...

Isteri ‘Kalah’ Dengan Janda Anak Satu, Suami Minta Cerai Kerana Tidak Suka Dikongkong

0

Wanita kesal apabila suaminya memilih untuk bercerai semata-mata ingin berkahwin dengan janda anak satu.

Menurut hantaran di aplikasi Facebook Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, wanita tersebut yang juga merupakan kliennya diceraikan selepas dia bertanya mengenai seorang wanita yang turut serta dalam percutian suaminya.

“Tidak ada sebarang pergaduhan. Malah, si isteri hanya kirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp ketika mengajukan soalan. Tiba-tiba, apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan dengan talak satu”

Baca lagi: Akibat Kerja Lebih Masa Guru Meninggal Dunia, Keluarga Terima Pampasan Sebanyak RM2.6 Juta

Baca lagi: Auntie Lapar Sampai Pedih Dada, Wanita Ini Dipuji Kerana Bersikap Prihatin

Screenshot 2023 07 12 141636
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Wanita itu juga sanggup merayu agar dirujuk semula. Namun kata si suami dia benci dikongkong”

Wanita tersebut tidak pernah mengongkong suaminya, malah dia memberi gaji kepada lelaki itu sebanyak RM10,000 sebulan hanya untuk memantau keadaan di butik miliknya sekali seminggu.

“Si suami pula memilih untuk berkahwin dengan janda anak satu. Malah, janda tersebut juga telah berjumpa dengan klien saya”
“Saya tak sangka suami klien sanggup menjandakan isteri sendiri dengan empat anak yang sepenuhnya dijaga oleh isteri demi seorang janda dengan anak satu berusia empat tahun”

Suzana sempat menasihati kliennya agar reda dengan ketentuan ilahi dan terus kuat menghadapi cabaran tersebut demi anak-anak.

“Ini semua ada hikmahnya, Dia bukan lagi yang terbaik untuk awak. Mungkin Tuhan nak awak tahu, sebenarnya selama ini suami hanya ingin mempergunakan awak sahaja”
“Awak terlalu manjakan dia sehingga memberi kemewahan. Suami juga tidak perlu bekerja. Tuhan sayang awak dan anak-anak. Ini merupakan satu pengajaran agar awak dan anak tidak ikut jejak langkah suami”-kata Suzana dalam hantarannya

Apa yang kita boleh lihat dalam kisah Suzana ini, tidak semua manusia mengenangkan jasa dan kebaikan kita mahupun kenal ataupun tidak. Tetapi jika berlaku perkara sebegini, memang kita akan terasa ditikam belakang apabila orang terdekat berbuat demikian.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SarangBurung