Ramai golongan isteri zaman sekarang menjadi ‘alat’ untuk dipergunakan para suami, sama ada sedar ataupun tidak. Apatah lagi sekiranya mereka bekerja di sektor kerajaan, pastinya golongan suami mengambil kesempatan ini untuk melakukan pinjaman.
Dalam situasi yang lebih teruk, wujud juga kelompok suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab kerana kedudukan kewangan isteri yang stabil dan mampu untuk menanggung keluarga.
Kisah ini berlaku dalam sebuah keluarga seperti dikongsikan seorang Peguam Syarie, Nor Asyiqin. Dalam postingnya itu, beliau menceritakan tentang kes yang pernah dikendalikan melibatkan seorang suami yang ‘liat’ hadir ke prosiding lafaz cerai meskipun mahkamah sudah mengeluarkan perintah.
Menurut Nor Asyiqin, selepas diselidik rupa-rupanya sepanjang 20 tahun berkahwin, si suami terlampau selesa dengan hidupnya kerana segala-galanya ditanggung oleh isteri yang berkhidmat sebagai penjawat awam.
“Ini termasuklah keperluan sekolah anak, barangan dapur, bil-bil utiliti, bayaran rumah dan kereta suami, perbelanjaan isteri dan anak-anak serta makan minum sekeluarga”
Baca lagi: Isteri ‘Kalah’ Dengan Janda Anak Satu, Suami Minta Cerai Kerana Tidak Suka Dikongkong
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Akibat terlalu lama hidup menanggung suami yang tidak bekerja, isterinya tawar hati dan mahu berpisah. Bukan sahaja tiada kerja, malah rutin hariannya pula hanya ‘goyang kaki’ selain mempunyai tabiat mengambil barang terlarang.
Katanya, wanita ini meneruskan memohon penceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Kelaurga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu berkenaan cerai secara persetujuan yang kemudian akan masuk ke peringkat Hakam (Seksyen 48)
Disebabkan lelaki itu degil dan enggan memberikan kerjasama yang baik, prosiding itu kemudiannya beralih kepada jalan terakhir iaitu pelantikan hakam.
“Namun mahkamah tetap mengarahkan kes berjalan sebelah pihak iaitu pelantikan jawatankuasa pendamai, hakam islah dan hakam panel berjalan sebelah pihak sahaja meskipun si suami enggan datang”
“Dalam kes secara hakam, syiqaq (perkelahian) mestilah dikenalpasti yang menjadi punca utama pihak isteri memfailkan perceraian”
“Di dalam kes ini, syiqaq yang terang dan nyata apabila si suami dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawab seorang diri sehingga menyebabkan isteri tawar hati terhadap kelakuan suami”
Dalam hantarannya, peguam ini turut menjelaskan sekiranya hakam mensabitkan syiqaq (pertengkaran) tersebut maka mahkamah akan mengarahkan hakam panel untuk melafazkan talak. Meskipun suami tidak bersetuju melafazkan cerai, kuasa talaknya sudah hilang dan berpindah kepada hakam.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang