Home News Isteri Penat Berniaga, Duit Hasil Berniaga Pula Suami Ambil Dan Beri Kepada...

Isteri Penat Berniaga, Duit Hasil Berniaga Pula Suami Ambil Dan Beri Kepada Mak

0

Seorang isteri luah rasa tertekan apabila duit hasil penat lelahnya berniaga perlu diserahkan kepada suami dengan alasannya, dikatakan ingin memberi ‘duit belanja’ kepada ibu dan neneknya.

Dikatakan lagi, setiap bulan lelaki itu hanya memberinya RM100 sebagai nafkah dan selebihnya digunakan untuk perbelanjaan diri serta buat keluarganya.

“Kami dikurniakan lima orang cahaya mata, dengan bergaji RM1,500 sebulan dan ditambah pula komisen sebanyak RM200. Saya berniaga di pasar ikan, ayam segar. Keuntungan dan hasil titik peluh saya berniaga kena serah pada dia sebab nak beri kepada mak dan nenek dia”

Baca lagi: Peguam Dedah Cerita Isteri Baru Kahwin 3 Lelaki, Sekali Ini Tindakan Suami Beliau

Baca lagi: Peniaga Kedai Makan Luah Perasaan Tidak Puas Hati Apabila Kedai Makannya Diserbu Penguatkuasa Tanpa Notis

Screenshot 2023 08 22 094905
(Gambar hiasan)

Lihat juga video klip dibawah:

“Kalau kira gaji lebih dari cukup, tapi rasa sekarang tak cukup sebab hal tersebut. Serius saya tak reda, saya penat sangat, hanya dia bagi saya RM100 nafkah, yang lain dia buat belanja semua”

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita pastinya mempunyai keinginan untuk bergaya dan memiliki emas sebagai perhiasan diri, namun duit simpanan sendiri juga tidak mencukupi disebabkan beliau perlu menyerahkan duit hasil berniaganya kepada suami.

“Saya juga teringin nak beli sesuatu, saya tak ada emas, tak pernah merasa emas sebab tak mampu. Nak minta duit pun rasa susah sebab suami bagi duit pada mak dan nenek dia”

Screenshot 2023 08 22 095041
(Gambar hiasan)

Oleh itu, kisah wanita ini juga telah mendapat sambutan dan mendapat beberapa reaksi dari warganet, yang mengatakan sememangnya anak lelaki akan berbakti kepada ibu dan keluarganya namun soal menghulurkan wang belanja kepada mereka perlu menggunakan pendapatan sendiri dan bukan meminta wang kerja dari si isteri.

Ada juga yang memberi pesanan kepada golongan lelaki, jika mereka tidak mampu untuk menyediakan duit nafkah untuk anak dan isteri serta tidak mampu menanggung keluarga sendiri ‘jangan’ berkahwin. Netizen turut mengatakan berasa kasihan pada si isteri yang terpaksa berkorban.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sarang Burung