Sekeping gambar menyeramkan dalam rancangan hiburan TV MBC, ‘I Live Alone’ di Gunung Nahon menangkap mata-mata netizen.
Pada Ogos lalu, selebriti Korea seperti Gian 84, Jeon Hyun-moo, Park Na-rae, Hwasa dan Key berkumpul di sebuah rumah rehat di Gunung Nahon untuk ambil gambar konsep projek kalendar.
Mereka ramai-ramai duduk di meja ruang tamu untuk parti pijama dan gambar pun ditangkap. Bila tengok gambar itu, ada entiti misteri di bawah meja.
Semua orang ada dalam foto itu tapi mana Hwasa? Rupanya dia lah yang duduk bawah meja itu selepas bermekap rupa hantu. Konsep pilihannya adalah gambar seram.
Melihatkan foto itu, netizen pun tinggalkan komen di komuniti talian,
“Nak gugur jantung aku tengok.”
“Takutnya!”
“Hwasa ni kelakar sungguh.”
“Aku ketawa berdekah.”
“Nampak macam hantu betul.”
Sumber: [1]