Jeong Jin-woon secara tidak sengaja telah menyebut tentang bekas kekasihnya Kyungri, yang pernah dia jalinkan hubungan selama 4 tahun.
Pada 15 April, YouTuber Oking dan penyanyi Jeong Jin-woon muncul di saluran YouTube “Jeong Joon-ha Haha” dan sempat berkongsi cerita sebenar.
Pada hari tersebut, Jeong Joon-ha menimbulkan suasana yang menyenangkan dengan menjadikan kedua-duanya bermain “permainan keseimbangan bencana”.
Apabila soalan cinta ditanya untuk memilih antara “orang yang mencintai saya” dan “yang saya cinta”, Oking memilih “orang yang mencintai saya” tetapi Jeong Jin-woon memilih “orang yang saya cintai”.
Jeong Jin-woon kemudian menjelaskan, “Saya tak boleh tahan apabila seseorang datang ke dalam hidup saya dan cuba mengganggu atau mengawal masa saya.”
Dalam hal ini, Jeong Joon-ha secara tidak langsung menyebut nama bekas teman wanita Jeong Jin-woon iaitu Kyungri. “Adakah itu sebabnya awak putus?” Namun, Jeong Jin-woon menafikannya, “Bukan itu sahaja. Saya tidak berpisah dengannya atas sebab ini.”
Apabila Oking kelihatan bingung mendengarnya, Jeong Jin-woon sambil ketawa bergurau, “Sebenarnya, sayalah yang membuatkan dia susah hati.”
Baca lagi: 5 Rancangan Makanan Korea Yang Mencabar Nafsu Makan Anda
Baca lagi: Adik Seungri ‘Update’ Keadaan Seungri Di Penjara, Netizen Kecam “Dia Sangat Tidak Tahu Malu!”
Sementara itu, Jeong Jin-woon dan Kyungri mengaku telah bercinta pada Februari 2017 dan memulakan hubungan mereka secara publik.
Pada masa itu, kedua-duanya aktif meluahkan rasa sayang antara satu sama lain di SNS dan program hiburan, menimbulkan iri hati ramai orang. Bagaimanapun, pada Mei tahun lalu, agensi pengurusan kedua-duanya mengumumkan berita perpisahan mereka.