Drama siri-drama siri dan juga filem-filem keluaran Korea Selatan telah terkenal serata dunia termasuklah di Malaysia. Industri Kdrama dan perfileman Korea berjaya mengumpul peminat tersendiri saban waktu dengan kemunculan drama-drama dan filem-filem yang berkualiti dengan pelbagai genre menarik yang berjaya menarik ramai penonton.
Drama siri dan filem Korea seperti yang kita sedia maklum terdiri daripada berbagai-bagai genre, seperti romantik, komedi, aksi, thriller, dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa buah drama siri dan filem Korea Selatan dengan genre thriller yang memaparkan tentang kegilaan pembunuh psikopat yang boleh anda tonton.
Jom sama-sama kita lihat senarai cadangan Kdrama dan filem thriller terbaik seperti di bawah ini:
● Emergency Declaration (2022)
Im Siwan muncul sebagai psikopat yang menyebarkan virus berbahaya dalam kapal terbang dalam filem Emergency Declaration (2022). Emergency Declaration ditayangkan secara perdana di pawagam Korea Selatan pada 3 Ogos 2022. Filem ini mengisahkan tentang ancaman bom di sebuah kapal terbang yang sedang terbang.
● Connect (2022)
Drama Korea Connect (2022) menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Ha Dong Soo yang merupakan salah satu bahagian dari keturunan manusia baru yang disebut dengan connect. Keturunan ini adalah makhluk penghubung yang tidak pernah mati. Suatu malam, Ha Dong Soo diculik oleh kumpulan pedagang organ manusia dan dia kehilangan sebelah matanya.
Matanya yang dicuri tersebut digunakan oleh seseorang yang ternyata merupakan pembunuh bersiri. Ha Dong Soo terpaksa melihat perkara-perkara yang pembunuh tersebut lihat. Pembunuh itu adalah Oh Jin Seob yang mempunyai identiti berganda iaitu menjadi pekerja yang sopan dan cekap di tempat kerja, tetapi identiti lain dirinya adalah dia merupakan pembunuh bersiri yang sangat kejam.
● The Girl Who Sees Scents (2015)
The Girl Who Sees Scents ialah sebuah drama Korea yang mengisahkan seorang pembunuh bersiri. Selepas melakukan perbuatannya, psikopat itu sentiasa meninggalkan kod bar pada mayat mangsanya. Sudah tentu drama ini mempunyai daya tarikan misteri yang kuat
● Midnight (2021)
Filem Midnight (2021) mengisahkan tentang Kim Kyung Mi (Jin Ki-Joo), gadis pekak yang bekerja sebagai pengajar bahasa isyarat yang menyaksikan pembunuhan Choi Seo Jung yang dilakukan oleh seorang psikopat. Melihat Kyung Mi, psikopat itu ingin menjadikannya target baru sebagai mangsa pembunuhan bersiri seterusnya. Mengetahui anaknya menjadi target pembunuhan, ibu Kyung Mi (Gil Hae Yeon) melakukan segala cara untuk melindungi anaknya dari psikopat tersebut.
● Strangers from Hell (2019)
Drama Strangers from Hell (2019) atau Hell Is Other People mengisahkan tentang Yoon Jong Woo (Im Si Wan) yang berusia 20an, baru berpindah ke Seoul dan kini menjadi pekerja pelatih di sebuah syarikat. Semasa mencari tempat tinggal, die menjumpai Eden Studio, sebuah asrama murah yang boleh disewa olehnya kerana dia kekurangan wang.
Jong Woo berusaha menahan diri untuk tinggal di sana hingga dia betul-betul mempunyai cukup duit untuk berpindah. Walau jiran tetangganya sangat mengganggu dan aneh, dia gagahkan jua. Tiba-tiba terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan Jong Woo mula ketakutan berada di antara orang-orang di studio itu.
● Monster (2014)
Filem Monster (2014) ini mengisahkan tentang Bok Soon, seorang pemilik kedai di pinggir jalan yang menjaga adik perempuannya. Kehidupannya yang aman damai tiba-tiba terganggu apabila dia bertemu dengan pembunuh bersiri bernama Tae Soo. Tae Soo meragut nyawa adik perempuan Bok Soon dan membuatnya marah dan ingin balas dendam. Bok Soon merasa obses untuk membalas dendam pada Tae Soo. Dia mula mengikuti dan memburu Tae Soo secara brutal untuk membalas dendam. Filem ini menggambarkan perjuangan antara Bok Soon yang pemarah dan Tae Soo yang berhati dingin.
● The Call (2020)
Diadaptasi dari filem The Caller (2011), filem The Call (2020) adalah tentang gangguan panggilan telefon dari masa lalu yang boleh mengubah takdir. Seo Yeon (Park Shin Hye) seorang gadis yang hidup di masa sekarang, mengunjungi rumah semasa kecilnya. Anehnya, terdapat sebuah telefon lama di sana selalu berdering. Apabila dia menjawab panggilan tersebut, terdengar suara gadis yang menjerit meminta tolong.
● Door Lock (2018)
Filem Door Lock (2018) adalah tentang Seorang gadis bernama Cho Kyung Min (Gong Hyo-Jin) yang tinggal sendirian di apartmentnya, tiba-tiba menemui kunci pintunya yang dibiarkan terbuka selepas pulang dari kerja. Bimbang, dia pun mengubah kata laluan pintunya. Sebelum tidur, dia mendengar seseorang cuba membuka pintunya. Kyung Min menghubungi pengawal bertugas, tetapi sia diabaikan.
Namun, beberapa hari kemudian dia mula menemui lebih banyak petunjuk tentang sosok misteri yang cuba menceroboh apartmentnya, bermula dari cap jari hingga puntung rokok yang ditemuinya, semuanya menakutkan. Di waktu yang sama, sebuah kes pembunuhan juga terjadi.
● Flower of Evil (2020)
Drama thriller misteri Flower of Evil (2020) mengisahkan tentang Baek Hee-sung yang hidupnya tampak sempurna. Dia memiliki kehidupan yang bahagia bersama isterinya yang bernama Cha Ji-won dan juga anak perempuan mereka. Namun, ketika seorang detektif yang bernama Kim Moo-jin menyiasat masa lalu Hee-sung, Ji-won mula curiga bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan kes pembunuhan yang terjadi beberapa tahun yang lalu.
Menggabungkan kisah pembunuhan bersiri, tindakan mengintai, hingga aksi kejar mengejar dengan psikopat, filem-filem dan drama-drama di atas perlu ditonton oleh para peminat genre thriller. Selamat menonton ya!