Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok uyounik, dan telah ditular baru-baru ini.
Maryam Younarae merupakan seorang influencer terkenal di media sosial dan juga model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 19 Februari tahun 1991, berasal dari Korea serta seorang mualaf. Maryam telah berkahwin dengan Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul selepas mengenali hati budi di Korea Selatan. Mereka juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, yang diberi nama sebagai Rina.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Maryam menterjemahkan bahasa Korea dan Kelantan kepada ibu kandungnya dan ibu mentua beliau ketika mereka berdua ingin berbual. Reaksi Maryam yang berada di tengah-tengah dalam perbualan mereka sambil memberi penterjemahan buat ramai yang terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan dan selamba.
Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan reaksi beliau sememangnya membuatkan orang ramai terhibur melihatnya. Ada juga yang mengatakan situasi beliau yang berada di tengah-tengah dalam perbualan diantara mereka, pernah dialami oleh para netizen yang juga menjadi penterjemah dalam kalangan kenalan mereka yang tidak berapa faham dalam bahasa Melayu.
Perkongsian video klip di Tiktok ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 3.3M penonton, 398.1K sukaan dan 2907 komen.
Baca lagi: Netizen Komen Gaya Maryam Durian Kimchi Berpantang, Bagaimana Cara Orang Korea Berpantang?
Baca lagi: “Rancak Ye Menari”-Saga Terbabas Langgar Myvi, Lain Pula Komen Netizen
Lihat klip durasi pendek reaksi Maryam jadi penterjemah diantara ibu kandung dan ibu mentua:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Nnrns_: pening gu nk translte panjng gilo ibu buat huraian
@zrazieyra: cenggini eh.. dua² kena translate.. sonok pulak
@nurain: mcm ni lah aku kena translate ngan kwn2 indo aku nih
@Puteri Nadia: lahh susah nehh hurmn kena praktis dari awal nehh aduuu
@Sunflower: Sy nmpk msa depan tayang sy d tngh² mmy ddy sma mama bapa ahahahahha
@Sencho: Hahahahhahaha pening last tu dia nk explain
@ANDRI & AULIA: wkkwkw gambaran keluarga w di kalimantan ketemu keluarganya jaemin gini nih
@NienaNufayla: bagi terus direct panjang2 memang tkial2 maryam nak cari isi penting.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram