Home Entertainment Jae-suk Menang 3 Juta Won Dalam Squid Game Versi Running Man

Jae-suk Menang 3 Juta Won Dalam Squid Game Versi Running Man

0

Pada 17 Oktober lalu, Running Man menyertai ‘Webfoot Octopus Game’, permainan parodi drama popular ‘Squid Game’.

Selepas tujuh ahli sampai, seorang agen misteri muncul dan permainan dimulakan dengan game tampar-tampar yang famous itu. Kemudian agen itu bagi kad undangan kepada para peserta, “Nak main ‘Webfoot Octopus Game’ tak?”

Watch on TikTok

Game pertama adalah Yutnori, sejenis permainan tradisional Korea. Dalam game ini, Yoo Jae-suk berjaya survive.

Untuk permainan kedua, Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Song Ji-hyo dan Haha menang pertandingan tarik tali dan dapat 1 markah setiap seorang.

Dalam acara main sorok-sorok pula, mereka kena tangkap kesemua lima bola dengan belakang tangan baru menang. Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Yang Se-chan tersingkir. Tinggal Song Ji-hyo dan Jeon So-min yang main.

Namun Jeon So-min dan Song Ji-hyo turut gagal bertahan. Selepas dapatkan kesemua lima biji bola, akhirnya Yoo Jae-suk jadi pemenang untuk peringkat final dan hadiah 3 juta won. Yeay!

running man squid game 17102021 1 3
Kredit: SBS

Sumber: [1], [2]