Dalam episod 470 Running Man, para peserta dapat misi untuk membersihkan kandang haiwan llama dan kangaroo.
“Eh, macam muka Jae Suk lah!” kata Jeon So-min sambil tunjuk ke arah llama.
“Hahaha, sebiji sama!” tambah bintang RM wanita itu lagi dengan berdekah ketawa.
“Weh, aku ingat kau yang duduk dalam kandang tu.” sambung Kwang Soo pula.
Jong Kook suruh Jae Suk buka spek mata untuk cari persamaan antara kedua-dua makhluk tersebut.
“Apa yang samanya?” tanya Jae Suk selepas terkedu sekejap bila tengok llama itu.
“Haa tengok, ia pun tengok kat kau sebab rasa macam kembar.” kata Suk-Jin.
Kemudian member-member RM itu disuruh bersihkan cepat sikit kandang bila tengok muka haiwan-haiwan itu masam mencuka kerana selepas ini masa untuk memberi makan pula.
Sumber: [1]