Selepas mendapat kejayaan dalam drama bersiri SBS ‘Cheer Up’, pelakon pujaan Jang Gyu Ri telah mengadakan temubual bercerita tentang wataknya sebagai Cho Heed an juga kerjayanya di masa hadapan.
Pertama, Jang Gyu Ri ditanya bagaimana dia mendapat watak Cho Hee dalam ‘Cheer Up’. Bintang itu tersenyum dan mendedahkan, “Pengarah memberitahu saya bahawa dia melihat saya di siri YouTube ‘Workman’, dan dia suka episod itu. Dia sangat menyukai akrostik saya.”
Seperti yang diketahui ramai, Jang Gyu Ri telah keluar dari fromis_9, serta agensi pengurusannya Pledis Entertainment, pada Julai tahun ini.
Mengenai keputusannya untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang idola, Jang Gyu Ri menyatakan, “Ia sentiasa menjadi impian yang saya. Saya pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya memilih untuk melepaskan impian saya itu, apabila saya boleh meneruskan sebagai idola dan pelakon kan. Tapi saya fikir yang saya kena betul-betul beri perhatian dalam bidang lakonan sahaja.”
Jang Gyu Ri menyambung, “Saya merasakan bahawa terdapat kekangan dalam cuba mengimbangi kedua-duanya, dan secara peribadi, saya tidak merasakan saya mampu melakukan kedua-duanya dengan sebaik mungkin.
Ahli [fromis_9] juga melakukan begitu baik, dan kami sudah melalui susah senang bersama dan saya mempercayai mereka, jadi, ‘Saya fikir sekarang adalah masa yang baik untuk mengejar impian saya’.”
Baca lagi: “Hyun Bin Nampak Lagi Macho”- Style Barunya Untuk Cerita The Point Men 2023
Baca lagi: “Setelah Sekian Lama Saya Bersuara”- Lee Seung Gi Akhirnya Meluahkan Segalanya
Akhir sekali, Jang Gyu Ri berikan sedikit kata kepada ahli fromis_9, “Banyak kali dah saya nak meminta maaf kepada ahli, kerana dua peranan saya. Saya terpaksa terlepas banyak latihan kerana jadual penggambaran untuk ‘Cheer Up’.
Pada masa itu, kami sibuk membuat persiapan untuk kemunculan semula dan pertemuan peminat kami, dan walaupun saya cuba melakukan yang terbaik, saya dapat melihat dengan mata saya sendiri bahawa saya masih lagi banyak kekurangan.
Saya berasa kasihan kepada ahli lain yang bekerja lebih keras, dan saya bimbang jika disebabkan saya, mereka susah. Hari ini, saya melihat mereka di kedai rambut dan solek, dan mereka juga kerap menghubungi saya untuk memberitahu saya bahawa mereka sedang menonton drama saya.”
Sumber: [1]