Home Artis Korea Jang Nara Bawa Watak Peguam Veteran dalam Kdrama Baru Good Partner

Jang Nara Bawa Watak Peguam Veteran dalam Kdrama Baru Good Partner

0

Selepas mengumumkan barisan pelakon untuk drama Korea akan datang iaitu Good Partner, pihak SBS berkongsi saat-saat menarik pembacaan skrip (script reading) drama tersebut.

Para pelakon drama ini semestinya hadir untuk majlis tersebut, salah seorang dari pelakon tersebut adalah pelakon terkenal Jang Nara yang merupakan pelakon utama untuk drama Good Partner.

Drama ini adalah drama yang menyaksikan penampilan kedua Jang Nara pada tahun 2024 selepas pelakon wanita kecil molek ini membintangi drama popular My Happy Ending pada awal tahun lalu.

IMG 8497

Penampilan Jang Nara dalam drama Korea barunya ini memang sangat dinantikan oleh para peminat setia. Kisah drama ini adalah tentang seorang peguam veteran yang bertemu dengan peguam muda dengan idealisme berbeza dengannya. Jang Nara bakal bergandingan dengan pelakon terkenal, Nam Ji Hyun.

Mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang watak yang dibawa oleh Jang Nara dalam drama Good Partner dibawah ini.

 

Jang nara
1. Jang Nara membawa watak sebagai seorang peguam veteran yang bernama Cha Eun Kyung yang berdedikasi tinggi terhadap kerjanya

 

 

bcf09649 9630 4304 968c 2a8222df229e
2. Cha Eun Kyung sudah bekerja selama 17 tahun di Firma Guaman Daejeong dan memiliki kepakaran dalam bidang undang-undang penceraian

 

 

ba1a21a4 a6c2 4c1e b507 fd1e7f73be88
3. Dia digambarkan sebagai seorang peguam yang jujur, tetapi kadang kala keras kepala jika berkaitan dengan pendapat peribadi

 

 

83e7c93f d639 4d3a afc7 98e5ef021196
4. Kehebatan dan bakat Cha Eun Kyung memang tidak perlu diragukan, dia selalu memenangi setiap kes yang diwakilinya

 

 

029bca82 b0ff 42ba 95b4 de75d6f6cabe
5. Bahkan dia mendapat gelaran “Peguam Penceraian Nasional” yang diberikan oleh masyarakat

 

 

07b7a6fe b9a8 471e a60d 9f464ff69703
6. Cha Eun Kyung juga mengalami krisis perkahwinan dimana dia juga akan bercerai dan menghadapi transformasi baru dalam hidupnya

 

 

4f916486 1757 4443 8547 66ab43db7c8b
7. Selama bekerja, Cha Eun Kyung sangat kerap berselisih faham dengan Han Yu Ri (Nam Ji Hyun) yang mempunyai idealisme berbeza darinya

Penampilan Jang Nara dalam drama Good Partner dinantikan oleh para peminat setia. Tambahan pula dia membawa watak yang berbeza dengan drama-drama sebelum ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton drama ini yang akan ditayangkan pada 12 Julai 2024 akan datang.

Baca lagi: Lawak Maksima, Ini 10 Drama Jepun Komedi Terbaik yang Perlu Anda Tonton
Baca juga: 5 Drama Korea Jang Na Ra dengan Rating Paling Tinggi dari MyDramaList, Drama Diminati Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here