Kita pastinya pernah melihat situasi mereka yang sihat walafiat meletakkan kenderaan di tempat OKU. Perkara tersebut salah di sisi undang-undang kerana parking OKU hanya khas untuk mereka yang kurang upaya. Apabila mereka yang sihat meletakkan kenderaan di parking OKU, perkara ini akan menyusahkan mereka yang kurang upaya itu sendiri.
Baru sahaja semalam tular sebuah rakaman di tiktok di mana situasi menunjukkan terdapat sebuah kereta jenis Honda yang meletakkan kenderaannya di parking OKU. Setelah itu dapat dilihat dua orang wanita yang keluar daripada kereta tersebut dan dilihat dua orang wanita tersebut fizikal mereka masih sihat. Terdapat juga pemandu yang dilihat tidak turun daripada kereta tersebut.
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@te14 : kalau Kene saman parking,dia mesti bagi alasan, parking sekejap je,atau Pon tak perasan, minta maaf..
@𝘽𝙧𝙖𝙙𝙚𝙧 𝙅𝙤𝙟𝙞 : fikir baik² jer.. OKU bkn fizikal shj maybe diaorg kategori Lembam
@Facts : Orang berduit. Polis pon belum tentu ambik tindakan bila dorg hulur duit
@Azhar : Kereta lawa,tempat parking lot pon lawa agaknya tuan Kerta tu MCM mna rupanya, sempurna atau sebaliknya
@ZanGhanu : sbb undang undang kita lemah …sepatutnya sape yg takda sticker park kat situ auto kene kunci tayar
@RPSL2021 : Saya pernah tegur orang yang parking kat petak OKU. Dia tanya saya Polis kah. Siap marah lagi. Jadi sebagai rakyat biasa, kita tak dapat tegur orang.
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram