Home News Jangan Main-Main, Ini Antara Artis Korea Yang Diundi Tidak Layak Untuk Kembali...

Jangan Main-Main, Ini Antara Artis Korea Yang Diundi Tidak Layak Untuk Kembali Ke Industri

0

Lumrah bagi sesebuah industri hiburan itu pasti akan ada artis yang buat hal atau tercalit dengan mana-mana gosip panas yang mampu meletakkan imej nya di tempat yang berbahaya.

Korea antara negara yang tidak terkecuali dan telah banyak perkara yang terjadi menyebabkan selebriti yang terlibat telah menerima kritikan yang buruk dan turut dibenci oleh rakyat mereka.

Baru-baru ini, Real Research Korea telah melakukan “survey” di mana mereka telah meminta rakyat Korea untuk melakukan undian terhadap selebriti Korea yang mereka rasa tidak perlu lagi berada di dalam industri.

Screenshot 2022 07 01 at 12.58.04 PM

Undian tersebut telah berjaya diraih dan dipantau menerusi aplikasi Real Research App, dan memperoleh sebanyak 3507 terdiri daripada dewasa Korea yang melakukan survey itu pada 9 Mei sehingga 16 Mei.

Berdasarkan pemerhatian, bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri telah mengungguli carta di tempat pertama diikuti Go Young Wook di tempat kedua, Steve Yoo, G.Na dan MC Mong.

Seungri The Great Seungri promo photo

 

 

 

 

 

 

 

 

Seungri pernah terlibat dalam sebuah skandal terbesar di Korea Selatan- the ‘burning sun‘ skandal. Nama lain bagi skandal ni ialah Burning Sun Gate dan merupakan sebuah skandal entertainment dan seks yang berlaku di Seoul pada 2019. Skandal itu juga turut melibatkan beberapa selebriti Korea yang lain dan polis telah membuat dakwaan bahawa terdapat beberapa jenayah seks yang berlaku seperti rogol, video seks yang diambil tanpa rela dilaporkan terjadi di tempat kejadian, dan Seungri merupakan salah satu pengarah di kelab tersebut.

20120508 goyoungowook 1

 

 

 

 

 

 

 

 

Penyanyi, Go Young Wook pernah mengejutkan seluruh rakyat Korea, bila dia dituduh melakukan jenayah serang. Pada 2013, dia telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun 6 bulan atas kesalahan menganggu dan melakukan kekerasan terhadap tiga budak perempuan di bawah umur, bersamaan dengan tiga tahun memakai monitor buku lali. Pada 2020, Go Young Wook telah mencuba untuk membuat kemunculan semula di laman sosial dengan mendaftarkan diri di Instagram namun gagal kerana dirinya dilabel sebagai pedofil.

artworks 000512424135 1zcxp3

Steve Yoo atau Yoo Seung Jun, merupakan salah satu artis yang pernah popular ketika lewat 90-an dan awal 2000. Dia merupakan antara artis lelaki solo yang paling popular ketika itu namun telah dihalang masuk ke Korea Selatan selepas menerima kerakyatan dari Amerika Syarikat selepas berjanji untuk menyertai Latihan Ketenteraan Korea. Dia juga telah dituduh mengelak untuk menjalani latihan wajib itu kerana dia mengulangi perkara tersebut di kaca TV ketika memenuhi tanggungjawab negara. Walau bagaimanapun, sebelum memasuki latihan ketenteraan tersebut, Yoo Seung Jun telah mendapat kerakyatan Amerika Syarikat secara neutralisasi menyebabkan dia telah di buang negeri dan dilarang memasuki Korea Selatan kerana pembuatan belot tersebut.

cb3ba4d8b691fbbe5ca597882709ae82 kpop girls k pop

Pada tahun 2016, penyanyi G.Na telah terlibat dalam sebuah skandal pelacuran dan dia telah dituduh melakukan hubungan intim dengan seorang ahli perniagaan yang tidak dapat dikenalpasti identiti nya, di beberapa akaun di Amerika Syarikat dan dibayar dengan harga sekitar 35 Juta KRW bersamaan dengan 30000 USD. Bagaimanapun, G.Na hanya perlu membayar denda selepas mengaku melakukan kesalah tersebut.

MC Mong 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MC Mong pula pernah terlibat dengan skandal militari di mana dia telah dituduh mengelak untuk dipilih menyertai askar dengan mencabut beberapa giginya yang sihat. Dia telah dituduh melambatkan kemasukan ke latihan wajib ketenteraan dan telah mencabut giginya untuk dikecualikan. Dia telah dipenjarakan selama enam bulan setelah didapati bersalah kerana mengelak untuk menyertai latihan ketenteraan.

Sumber: Allkpop 

Baca Juga Artikel Terdahulu: 3 Idola K-pop Ini Membuktikan Kulit Mereka Sama Seperti Orang Biasa