Home Lifestyle “Jangan Sedih Sebab Ibu Dah Ada Dekat Syurga..” – Perkongsian Anak-Anak Arwah...

“Jangan Sedih Sebab Ibu Dah Ada Dekat Syurga..” – Perkongsian Anak-Anak Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak

0

Jangan Sedih Sebab Ibu Dah Ada Dekat Syurga. Perkongsian anak-anak arwah siti Sarah tentang momen-momen indah bersama ibu tersayang buat ramai tersentuh hati dan berlinang air mata.

Menerusi klip video yang dikongsikan di halaman tiktok, anak-anak arwah Siti Sarah iaitu Uwais, Talita dan Matin berkongsi cerita tentang momen indah mereka bersama ibu.

“Jogging dengan ibu, masa tu dekat rumah, kami jogging dan singgah beli nasi lemak. Pergi IOI dan beli makanan. Best tu!”

“Ibu nak suap Matin. Ibu buat bulat bulat (nasi kepal) baru dia suap. Awak kena hargai ibu, dengar cakap ibu. Kena sayang ibu awak, kena doa mak atau ayah awak yang dah tak ada..”

Talita, anak perempuan Shuib dilihat tak mampu menahan sebak dan menangis apabila dia berkongsi kata-kata semangat buat mereka yang telah kelihangan ibu bapa.

“Jangan sedih, sebab ibu itu sudah berada di syurga. Kalau rindu dekat ibu, baca Al-Fatihah banyak-banyak untuk dia. Ada orang yang dah tak ada ibu bapa lagi kesian. Siapa yang ada ibu, bersyukurlah. Jangan melawan. Ada ramai orang tak ada ibu sebab sudah meninggal dunia..”

Baca lagi: Dipaksa “Acah-Acah” Solat dan Mengaji Demi ‘Content’, sekali Mondy Dedah Kelakuan Ebit Lew

Baca lagi: Anak Pendarahan Mata Kanan Selepas Dipukul Ustaz, Sekali Ini Respon Si Bapa

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Min doakan moga anak-anak ini terus tabah dengan ujian. Perbanyakkan doa dan kirimlah Alfatihah kepada ibu. Kepada anak-anak di luar sana, hargailah ibu bapa yang masih ada. Jangan menyesal kemudian hari kerana ibu bapa makin lama makin tua, bukan makin muda. Bila-bila shaja mereka boleh pergi meninggalkan kita..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.