Home Entertainment Janna Nick, Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Janna Nick, Dini Schatzmann Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

0

Pelakon wanita drama terkenal iaitu Janna Nick kini sah bergelar isteri kepada Dini Schatzmann yang dulunya merupakan teman lelakinya yang mana kita pastinya pernah mendengar hubungan mereka pernah dilanda masalah suatu ketika dahulu.

jannanick

Kecoh di media sosial hari ini dengan tiba-tibanya terdengar berita mengenai majlis pernikahan mereka. Menerusi siaran langsung di TikTok Gempak, Dini, 28, kelihatan tenang dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri di Masjid Aisyah.

Aku terima nikah Nurul Jannah Muner dengan mas kahwin RM2,703.

Mereka telah dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja dan wang hantaran bernilai RM 2,703 menjadi simbolik sebagai tanda perkenalan mereka yang bermula pada tarikh 27 Mac 2019 diikuti dengan pemberian seutas rantai emas kepada Janna Nick.

Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.

Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

jannanick1

Pasangan yang sebelum ini pernah tular dikatakan kerana telah ‘putus’ melalui video yang dikongsikan dahulu yang memaparkan sebuah video dengan kapsyen yang memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah kini telah bersama disatukan dalam majlis pernikahan. Netizen semuanya berasa gembira mendengar khabar berita tersebut hari ini.

Semoga pernikahan yang berlangsung tersebut akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber : OhBulan