Home Entertainment “Jantung Anak Saya Berhenti Berdegup.”- Han Ga In Cerita Detik Kehilangan Anak

“Jantung Anak Saya Berhenti Berdegup.”- Han Ga In Cerita Detik Kehilangan Anak

0

Dalam episod rancangan TV SBS, Circle House baru-baru ini, pelakon Han Ga In berkongsi pengalamannya sebagai seorang ibu.

Aktres itu dengan bangganya menggelar dirinya ‘Ibu Kanggaru’, suatu istilah yang sering digunakan di Korea bagi menggambarkan ibu yang terlalu protective dan sayang anak.

2 7

“Hampir 95% hidup saya didedikasikan untuk anak-anak. Anak mesti didahulukan lebih daripada segala-galanya.” katanya.

Pelakon itu turut mengaku ada sebab mengapa dia mesti selalu berkepit dengan anak-anaknya.

“Selama sepuluh tahun berkahwin, saya tidak mahu anak. Tetapi bila mahu, saya terus hamil. Syukurlah.”

“Saya mula mengandung pada sekitar Januari, dan bila tiba bulan Ogos, jantung anak itu berhenti berdegup dan saya kehilangan anak saya.” katanya lagi.

5 3

Ha Ga In meluah rasa saat-saat sukar kehilangan itu.

“Kerana pengalaman itu, saya sedar betapa berharganya anak-anak ini.”

4 5

Selepas kehilangan anaknya, aktres itu menjelaskan dia memilih untuk hamil menerusi Persenyawaan In Vitro (IVF) atau bayi tabung uji.

Han Ga In dan suaminya Yeon Jung Hoon berkahwin pada 2005. Kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: [1]