Semenjak beberapa bulan yang lalu, Jennie BLACKPINK dan V BTS telah digosipkan bercinta selepas beberapa gambar mereka berdua telah tersebar secara meluas ketika bercuti di Pulau Jeju pada bulan Mei.
Rentetan isu tersebut, beberapa keping gambar peribadi milik Jennie dan V BTS juga telah tersebar di laman sosial Twitter, gurumiharibo yang mula menyebarkan gambar Jennie mengambil gambar V BTS di bilik persiapan diikuti dengan gambar kedua-dua penyanyi itu di rumah yang dipercayai milik V BTS.
Selepas beberapa keping gambar tersebut tersebar meluas, peminat mula membuat spekulasi bahawa Instagram peribadi milik Jennie telah digodam dan gambar-gambar tersebut dipercayai daripada akaun Jennie.
Ini kerana, pemilik Twitter yang memuat naik gambar mereka berdua telah mendedahkan nama pelaku tersebut ialah Lee Joo Hyung.
Terbaru, Jennie telah menyekat kesemua pengikut nya di akaun peribadi di Instagram dan turut tidak mengikuti mana-mana akaun.
Menurut netizen, sebelum Jennie melakukan itu, beliau dipercayai ‘unfollow’ akaun milik Lee Joo Hyung dan Lee turut berbuat demikian. Netizen mendedahkan bahawa Lee Joo Hyung merupakan kawan kepada Jennie dan juga V. Mereka turut percaya bahawa Lee Joo Hyung turut bersama ketika percutian di Pulau Jeju dan Lee jugalah yang mengambil gambar mereka.
Netizen mula risau akan keadaan Jennie kerana kehidupan peribadi nya sedikit terganggu dan meninggalkan komen seperti:
‘Dia mesti berada dalam keadaan tertekan’
‘Jahatnya buat macam ni dekat Jennie, dia tak bersalah’
‘Dah masuk akaun peribadi tu, tolong la hormati sikittt, ni pergi share semua nya, kesian Jennie’
‘Siapa wei Lee Joo Hyung ni, tak baik tau buat Jennie macam ni’
Kesian dekat Jennie kan?
Sumber: Allkpop
Baca artikel terdahulu: ‘Disebabkan Awak, Hidup Saya Jadi Susah’, Sunmi Akhirnya Berterus Terang Dengan Zico