Home Entertainment Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon

Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon

0

Jeon Do Yeon ialah seorang pelakon Korea Selatan berusia 50 tahun dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 11 Februari 1973.

07A20332 41FF 46B0 8A1B 1A984EEC0B16

Dia membuat penampilan sulungnya dalam siri drama televisyen 1992 “Our Paradise,” dan seterusnya dalam filem “The Contact.” Dia telah merangkul anugerah bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Cannes dan Anugerah Skrin Asia Pasifik untuk peranannya dalam filem 2007 “Secret Sunshine” karya terbarunya termasuk “Hip Daddy” (2020) dan “Beasts Clawing at Straws” ( 2020).

83D0A689 DD33 4AC9 A8D4 4C135FC4F7A2 scaled

Selain filem-filem diatas, Jeon Do Yeon turut membintangi banyak filem dan drama lain seperti Emergency Declaration, Memories Of The Sword, Lovers In Prague, The Good Wife dan banyak lagi lain.

Terbaru, selepas membintangi kdrama bertajuk Crash Course In Romance, Jeon Do Yeon kembali menghangatkan skrin layar filem apabila dia membintangi sebuah filem bergenre Aksi Thriler “KILL BOKSOON” watak berganda sebagai Gil Bok Soon seorang wanita pembunuh upahan dan juga sebagai Ibu kepada anak remajanya yang masih bersekolah.

Filem hebat ini turut dibintangi oleh Esom, Hwang Jung Min, Koo Kyo Hwan, Sol Kyung Gu, Kim Si A dan Lee Yeon.

F707D512 BAA3 4F8E 99C8 7B24EAE9499F

 

Watak Bok Soon dalam filem ini digambarkan seperti Keanu Reeves dalam John Wick yang harus menjalani kehidupan dalam pengkhianatan dan pertumpahan darah, seorang yang berhati kering. Dia ialah pembunuh upahan terkenal dengan kadar kejayaan 100%.

69E9E8FA B6EA 412E B0FF 0977229131DA

Bok Soon mula berkecimpung dalam dunia jenayah ketika usianya 17 tahun dan ketika itu dia telah melakukan pembunuhan pertamanya.

0C67E657 F35B 441F 80D0 24BB799F8788 362A3D4C 5443 47D4 B91C D4F96148F315

Bok Soon telah menyertai MK Ent, sebuah organisasi rahsia yang dijalankan oleh Cha Min Kyu (Sol Kyung-gu) dan saudaranya Cha Min Hee (Esom). Sejak itu, MK telah menjadi satu organisasi perniagaan pembunuh upahan yang digeruni kerana memiliki pembunuh upahan yang tiada tandingannya.

Turut ada, Koo Kyo Hwan sebagai Han Hee Seong seorang pembunuh upahan Kelas A yang tidak diiktiraf atas sebab tertentu, akan menyemarakkan cerita ini dengan hubungannya bersama Gil Bok Soon.

69D88144 9F63 40C5 B61F 6C972FB42FC2

Walaupun membunuh adalah misi utama perniagaan mereka, MK mempunyai peraturan dimana mereka tidak akan menerima upah yang melibatkan pembunuhan kanak-kanak.

E6695C47 1F5B 4A80 8CB6 35A1E542F636

Selain dikenali dengan kehebatannya sebagai pembunuh upahan dia juga bijak menyembunyikan profesion kejamnya daripada anak perempuannya yang masih remaja.

194E53A3 A435 42E6 AC2E 3C7503E4CB51

Dirumah, dia adalah ibu tunggal kepada anak perempuan remaja yang bergelut dengan konflik keibubapaan. Sebelum memperbaharui kontraknya dengan MK, dia memutuskan untuk meninggalkan dunia pembunuh upahan supaya dia boleh lebih dekat dengan anak perempuannya yang jelas menyembunyikan sesuatu.

Namun, persaraannya dalam dunia kejam itu bukanlah pengakhiran kerjayanya apabila bekas majikannya mula menggunakkan taktik kotor cuba untuk menghapuskan Bok Soon kerana menganggap Bok Soon adalah ancaman bagi MK.

32972501 1931 4DCC AC21 5C84997E09D2

Aksi-aksi lawan Boksoon kelihatannya sangat mengagumkan dimana anda boleh melihat salah satu babak trailernya Boksoon dengan mudah menumpaskan samseng yakuza Jepun hanya dengan menggunakan kelicikan serta keberaniannya.

9E15AAA6 B160 4018 9F9E A0EAA948F290

Walaupun kita bakal dapat menyaksikan kehebatan Boksoon dalam filem ini, tumpuan lain yang harus diberikan adalah watak yang dibawa sebagai anak remajanya Jae-young (Kim Si-a).

Jae-young digambarkan sebagai anak gadis yang bermasalah dan mempunyai isunya sendiri di sekolah apabila Jae-young sendiri melakukan keganasan terhadap rakan sekolahnya.

3840B16D 052C 4EFD B2FB F5D688F47CEF

Kill Boksoon yang telah ditayangkan pada tayangan Perdana Berlinale dalam Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-73 baharu ini akan menemui kita di platform striming Netflix pada 31 Mac 2023 ini.

Baca Lagi: 10 Filem Korea Pilihan di Viu Malaysia
Baca Juga: Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton