Hanya sehari sebelum itu, Jeon So Mi berkomunikasi dengan peminat melalui ‘live’ di Instagramnya.
So Mi memberitahu bahawa dia ‘live’ kerana dia bosan. Pada hari itu, dia telah menunjukkan kepada peminat studio YG Black Label buat kali pertama.
Semasa ‘live’ berlangsung, dia telah mengelilingi studio untuk mencari sumber bunyi di luar.
Sebaik sahaja dia mengetuk dan membuka pintu, satu suara yang disangkakan Jenny bersama muzik yang tak pernah di dengarkan.
Situasi itu berlaku kurang daripada 3 saat, tetapi sebahagian daripada sumber muzik tarian berirama itu telah terbocor.
Jeon So Mi mendedahkan kepada salah seorang kakitangan yang berada di dalam studio bahawa dia sedang melakukan siaran langsung.
Dia kemudian kelihatan tidak tenteram dan memberitahu peminatnya, “Ini mungkin akan jadi sangat teruk.”
Sejurus lagu itu bocor, ramai netizen pergi ke laman sosial untuk berkongsi klip pendek tersebut dan membuat spekulasi bahawa lagu baharu yang dibocorkan itu sebenarnya merupakan lagu baharu BLACKPINK.
Ini kerana kumpulan perempuan itu dijadualkan untuk membuat kemunculan semula pada tahun ini selepas musim panas.
Kini, YG Entertainment sedang giat memadam video di YouTube dan di mana- mana media sosial yang mendedahkan klip salah satu lagu baharu label itu.
Sumber: allkpop