Bagaimana Jeon Somi mampu mengekalkan absnya walaupun dia seorang yang jenis banyak makan.
Pada episod terbaru “TMI SHOW” Mnet yang disiarkan pada 16 Mac, rahsia perut Jeon So-mi yang berbentuk 11 telah terbongkar dan menarik perhatian peminat.
Pada hari ini, Jeon So-mi menggunakan ayat “abs berbentuk 11” sebagai salah satu daripada “6 kata kunci TERBAIK untuk melambangkan diri saya.”
Jeon So-mi, seorang pemain Taekwondo, berkata bahawa senaman adalah rahsianya, dan dia sendiri telah menunjukkan cara melakukan ‘Twist Plank’.
Walau bagaimanapun, kata kunci “bertentangan” juga telah dipilih. Ianya adalah dia juga seorang yang mempunyai “selera besar”.
Jeon So-mi berkata, “Saya pernah naik enam kilogram dalam sehari. Saya masih tidak tahu berapa banyak yang saya boleh makan.”
Oleh itu, satu daripada empat peti sejuk di rumah Jeon Somi hanya untuk Jeon Somi. Apabila ditanya makanan apa yang dia suka baru-baru ini, Jeon So-mi berkata, “Dumpling.”
Sumber: [1]