Keingginan peminat untuk melihat kehadiran Jeongyeon beraksi bersama kesemua anggota kumpulan Twice di atas pentas memang tinggi, tetapi pada masa sama mereka bimbang andainya penyanyi itu terlalu mencuba.
Baru-baru ini, konsert jelajah Twice di Amerika Syarikat pada 15 Februari telah menyaksikan kemunculan penuh sembilan anggotanya, termasuk Jeongyeon.
Sebelum ini, persembahan Twice kurang sempurna selepas Jeongyeon tidak dapat menyertai rakan-rakannya akibat mengalami masalah herniated disc iaitu keadaan tulang rawan dari tulang belakang menonjol keluar dan menyebabkan sarafnya tersepit.
Dia juga bergelut dengan gangguan kecemasan (anxiety).
Biarpun gembira melihat kemunculan Jeongyeon, peminat tetap berasa risau dengan keadaan kesihatan penyanyi itu.
https://www.youtube.com/watch?v=j1r5PQP3mYM
Mereka bimbang, Jeongyeon terlalu memaksa diri untuk kelihatan kuat walhal masih berperang dengan masalah dalaman.
Sumber: Kosmo!