Netizen Korea kagum dengan gambar teaser TWICE untuk kemunculan semula mereka dengan ‘Ready to Be,’ terutamanya dengan penurunan berat badan Jeongyeon.
Jeongyeon TWICE mempamerkan perubahan penampilan yang drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan secara konsisten mendapat perhatian terhadap berat badannya.
Pada masa lalu, berat badannya berubah secara tiba-tiba berikutan dengan sakit yang dialaminya seperti masalah leher serta kerana masalah panik dan kebimbangan.
Pertambahan berat badannya telah membuatkan peminat berasa bimbang dengan keadaan Jeongyeon.
Baca lagi: ‘Kelihatan Semakin Kurus,’ Peminat Terkejut Dengan Gambar Terbaru TWICE Jeongyeon
Baca lagi: Jeongyeon Twice Kembali Beraksi, Peminat Risau Melihat Keadaannya
Baru-baru ini, Jeongyeon dilihat kelihatan lebih langsing dan lebih cantik berbanding sebelum ini.
Peminat gembira melihat Jeongyeon kelihatan sihat dan lebih langsing. Ramai yang memujinya kerana dia berjaya menurunkan berat badan dan mereka memberi komen seperti, “Wah, bagaimana dia menurunkan berat badannya?” “Dia hebat,” “Saya harap dia tidak terlalu memaksa dirinya untuk menurunkan berat badan. Asalkan dia sihat,” “Dia memang terbaik,” “Berat badannya turun begitu banyak,” “Dia sangat cantik,” dan “Dia bersenam walaupun ketika dia tidak sihat.”
Sumber: [1]