Tidak dinafikan Jessi antara selebriti Korea Selatan yang langsung tidak segan mengakui dirinya kerap melakukan pembedahan wajah dan beberapa bahagian lain.
Terbaharu, pengakuan wanita itu mengenai pembedahan yang dilakukannya nyata mengejutkan ramai terutama peminat fanatiknya.
Jessi tanpa sengaja mendedahkan perkara tersebut menerusi satu temu bual khas dalam rancangan Jessi’s Showterview.
Kisah bermula apabila penyanyi rap itu menceritakan bagaimana dia mengalami kesukaran ketika memakai kostum pentas milik Chorong, kumpulan Apink suatu ketika dahulu yang jauh lebih sempit pada bahagian dada dan punggung.
“Saya masih ingat, selepas melakukan pembedahan payudara, saya merasakan bahawa perkara tersebut hanya sia-sia. Nak pakai baju dan kostum orang lain pun semuanya tak muat.
“Apabila difikirkan, ‘natural’ adalah lebih cantik dan baik. Tak usahlah buat pembedahan pada bahagian dan aset utama kita,” katanya.
Baca Lagi: K- Drama Terbaru “Ghost Doctor” Lakonan Rain, Kim Bum, Son Naeun Dan Uee Mendapat Perhatian Peminat
Baca Lagi: T.O.P BIGBANG Kongsi Perasaanya Selepas Meninggalkan Agensi Lamanya YG Entertainment
Tambah Jessi, walaupun menyesal kerana telah membesarkan saiz payudaranya menerusi pembedahan terdahulu, tetapi dia tiada hasrat untuk mengecilkannya semula.