Home Artis Korea Ji Chang Wook & Shin Hye Sun Bercinta??

Ji Chang Wook & Shin Hye Sun Bercinta??

0

Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta!

Gosip ini tersebar meluas dan mendapat perhatian ramai. Banyak khabar angin menyebut bahawa kedua-dua pelakon terkenal ini terlibat dengan cinta lokasi sewaktu sedang menjalankan penggambaran drama siri terbaru JTBC yang bertajuk “Welcome to Samdalri”.

Mereka berdua adalah pelakon utama dan pastinya ramai yang tidak sabar menunggu gandingan hebat kedua-dua pelakon serba boleh ini.

Benarkah Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun menjalin hubungan istimewa? Jom sama-sama kita semak fakta seperti yang berikut ini:

 

1. Permulaan gosip mereka bercinta

Ji chang wookJi Chang Wook dan Shin Hye Sun waktu ini sedang sebuuk menjalankan proses penggambaran untuk drama siri terbaru mereka iaitu Welcome to Samdalri yang berlatarkan Pulau Jeju. Beberapa keping gambar di belakang tabir mereka telah tesebar.

Dalam gambar tersebut, kedua-dua pelakon ini kelihatan mengenakan pekaian dengan warna yang serupa. Interaksi dan keserasian yang ditunjukkan sangat natural dan kemudian tentunya mencuri perhatian netizen hingga ada yang beranggapan bahawa mereka berdua sedang hangat bercinta!

2. Masih belum memberi sebarang kenyataan penafian

381a6b1a 5e33 4dc1 927c 98b38e5c1c81Namun hingga artikel ini dibuat dan gosip bertiup kencang, baik wakil Ji Chang Wook mahupun Shin Hye Sun belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai gosip hubungan cinta yang mula tersebar kini. Sementara itu, khabar angin pasangan ini bercinta tampaknya semakin rancak di kalangan peminat-peminat antarabangsa.

3. Welcome to Samdalri

2d34e41a 89fb 4b00 a5c2 0e2c18cd9114Drama siri yang bertajuk Welcome to Samdalri memang ditunggu-tunggu oleh para peminat drama siri Korea, sebab utama adalah kerana drama siri ini menampilkan dua bintang utama kesayangan netizen.

Drama siri ini mengisahkan tentang peramal cuaca di Jeju yang dilakonkan oleh Ji Chang Wook dan seorang juru gambar terkenal yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun.

Kedua-duanya pernah sama-sama berada di puncak kejayaan, namun tiba-tiba perlu menghadapi kejatuhan hidup yang tidak terduga. Plot cerita ini akan mengikuti perjuangan dan kisah cinta mereka.

Belum ada lagi tarikh tayangan rasmi untuk drama siri ini, namun JTBC menjadualkan Welcome to Samdalri akan dilepaskan pada akhir tahun 2023 ini.

Nampaknya gosip Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun belum dapat kita pastikan kebenarannya! Pasti ramai peminat yang mengharapkan mereka berdua ini menjalin hubungan istimewa bukan?

Baca lagi: 6 Filem dan Kdrama Terbaru Park Sung Woong, Villain Bloodhounds
Baca juga: Park Seo Joon Kini Bercinta Dengan Xooos?