Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Ji Jin Hae Bakal Muncul dalam Kdrama Baru Romance in the House,...

Ji Jin Hae Bakal Muncul dalam Kdrama Baru Romance in the House, Tayang 10 Ogos Ini

0

Sangat ikonik dengan peranannya sebagai presiden dalam Designated Survivor: 60 Days, pelakon berbakat besar Ji Jin Hee akan kembali membintangi drama terbaru Romance in the House tidak lama lagi. Romance in the House membincangkan tentang hubungan kekeluargaan ini mempunyai sebanyak 12 episod sahaja.

Romance in the House merupakan drama terbitan dua pengarah iaitu Kim Young Hoon dan Kim Da Ye yang pernah menggarap drama My ID is Gangnam Beauty.

Drama Romance in the House dirancang akan ditayangkan pada 10 Ogos 2024 ini, menggantikan drama Miss Day and Night. Pada 29 Julai 2024, pihak JTBC telah melancarkan treler pertama untuk drama ini, memaparkan rakaman dan petikan yang menonjolkan para pelakon dan watak yang mereka lakonkan.

Sementara menunggu tarikh tayangan Romance in The House ini, mari sama-sama kita lihat watak dan peranan yang dimainkan oleh Ji Jin Hee!

 

 

Romance in the house1. Ji Jin Hee memegang watak sebagai Byeon Moo Jin, seorang pengusaha restoran ladu yang muflis yang memberi kesan negatif kepada keadaan kewangan keluarganya

 

 

 

c6be7565 195c 4df5 80c4 cd333d5b878c2. Walaupun keadaan kewangannya semakin merosot, isterinya tetap menyokong Byeon Moo Jin membuka perniagaan baru. Malangnya, perniagaannya gagal lagi

 

 

 

c9c51cf9 1c38 4ab2 8c66 bf867f4b34e13. Bagaimanapun, Byeon Moo Jin tidak putus-putus mempercayai bahawa dia boleh memenangi jackpot, yang mengakibatkan semua asetnya habis digunakan, isterinya berang, marah dan menceraikannya.

 

 

 

42c6f2e0 1089 4d07 a8e6 03740b4051b24. Selepas 11 tahun berpisah, Byeon Moo Jin kembali bersama bekas isteri dan anak-anaknya sebagai tuan tanah, pemilik bangunan megah dan kaya

 

 

 

9a9d9a4a 7633 426c a110 f7cc066080df5. Selepas kembali berjaya, Byeon Moo Jin berhasrat untuk berbaik dengan bekas isterinya, dia tidak pernah berhenti mengorak langkah agar bekas isterinya kembali tertarik kepadanya

 

 

 

88acb06d 3d49 425e 8cac 8c01b4ef99b26. Malangnya, usaha Byeon Moo Jin tidak diendahkan oleh anak pertamanya yang menyangka ibunya akan baik-baik saja walaupun tanpa suami

 

 

 

340955bb 9ecd 4114 a84e 89feddbc3d407. Tidak hilang akal, Byeon Moo Jin bekerjasama dengan anak keduanya supaya dia dapat membentuk keluarga yang lengkap

Dalam drama Romance in the House, Ji Jin Hee akan digandingkan dengan pelakon Kim Ji Soo yang akan melakonkan watak bekas isterinya. Bintang idola Kpop dan pelakon Son Na Eun, Choi Min Ho dan Yoon San Ha, turut sama terlibat dalam drama ini.

Dibintangi oleh para pelakon yang berbakat, serta jalan cerita yang unik, pasti menambahkan rasa ingin tahu para peminat drama Korea untuk menonton drama ini dengan segera bukan?

Baca lagi: 14 Filem Original Netflix Bakal Menemui Anda Pada Bulan Ogos Ini
Baca juga: 4 Pelakon Utama Kdrama Baru “The Tyrant”, Kisah Perebutan Sampel Manusia Super