Pelakon Jin Goo yang terkenal dengan peranannya dalam kdrama popular “Descendant of The Sun”, mendapati dirinya kini dihimpit dengan kontroversi
Jin Goo menafikan sebarang penglibatan terhadap kes ini
Bagaimanapun, pihak Agensi Jin Goo VARO Entertainment telah rasmi mengeluarkan kenyataan menafikan yang bahawa pelakon itu tidak ada sebarangan hubungan kait dengan kes penipuan baru-baru ini.
Pada 26 Jun lepas, sumber melaporkan bahawa pelaku yang dikenali sebagai “A” dikatakan telah menipu beribu-ribu mangsa ketika mengendalikan “Mom Cafe” (Komuniti dalam talian untuk kaum ibu). Penipu itu didakwa pernah memerangkap mangsa dengan menjanjikan hadiah berbentuk sijil.
Penipu itu telah ditangkap dan didakwa atas perlakuan penipuan jenayah Ekonomi dan pelanggaran Undang-Undang tentang Peraturan Melakukan Perniagaan Penggelapan Dana Tanpa Izin oleh ”Criminal Division” ke-5 Pejabat Peguam Daerah Incheon.
“A” didakwa atas tuduhan mencuri 14.2 billion won (50,337,076.89 MYR) ketika menjalankan Mom Cafe sejak November 2019. Sebuah outlet media Korea, TV Daily melaporkan bahawa Jin Goo mempunyai kaitan dengan rangkaian penipuan itu.
Varo Entertainment turut memberitahu walaupun pelakon itu mengenali pelaku itu sebagai salah seorang kenalan, pelakon itu tidak pernah terlibat langsung sebarang transaksi kewangan dengan mereka.
“Hello. Ini adalah agensi pelakon Jin Goo, VARO Entertainment. Kami ingin memberi tahu anda tindakbalas kami berikutan berkaitan laporan hari ini tentang Jin Goo,” ucap agensi itu seperti yang dilaporkan Soompi, pada Selasa 18 Julai baharu ini.
“Pertama, Jin Goo mempunyai kenalan bertindih dengan orang yang ditangkap, jadi dia hanya bertemu beberapa kali dengan mereka, tetapi kami ingin menjelaskan bahawa Jin Goo tidak ada hubungan perniagaan sama sekali, apalagi transaksi kewangan dengan pelaku dan mangsa,” tambahnya.
Lebih dalam agensi itu menyebutkan, mengenai penipuan yang dilakukan oleh orang yang terlibat dalam kes tersebut, Jin Goo hanya mendapat khabar tentang insiden tersebut melalui akhbar, dan agensi mengaku belum menerima sebarang panggilan apapun daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai perkara ini.
Oleh sebab itu, agensi pun meminta masyarakat untuk menahan diri agar tidak mengeluarkan komen-komen spekulatif yang tidak benar berhubung kes ini.
“Harap menahan diri dari tafsiran ekstrapolasi serta laporan dan komen spekulatif yang tidak berkaitan dengan kebenaran. Terima kasih,” kata agensi itu.
Membuat penampilan sulungnya pada tahun 2003 dalam filem “Romantic Assansins”, Jin Goo kali terakhir dilihat membintangi filem sekuel The Witch Part 2: Thw Other Side dan kdrama “A Superior Day”.
Diharap ini memang khabar angin sahaja dan para peminat sudah pasti ingin melihat pelakon ini kembali aktif beraksi di hadapan layar skrin lagi.