Home Artis Korea Jisoo BLACKPINK Bakal Tampil dalam 3 Projek Baru, Kemunculan yang Dinantikan

Jisoo BLACKPINK Bakal Tampil dalam 3 Projek Baru, Kemunculan yang Dinantikan

0

Jisoo terus mengembangkan kebolehan lakonannya dengan menerima beberapa tawaran projek drama dan filem Korea. Kini bintang popular ini sibuk bergerak solo sebagai pelakon selepas memutuskan untuk bernaung di bawah agensi yang diketuai oleh saudaranya yang dikenali sebagai BLISSOO.

Idol ini mendapat watak utama pertamanya melalui drama Korea Snowdrop yang ditayangkan pada tahun 2021. Melalui drama itu, bakat lakonan Jisoo mendapat perhatian dan meraih pujian dari para peminat.

Berikut ini ialah tiga drama dan filem Korea yang akan dibintangi oleh Jisoo.

 

1. Omniscient Reader

Jisoo

Jisoo adalah salah seorang pelakon utama dalam filem Korea akan datang yang berjudul Omniscient Reader.

Bintang ini akan membintangi filem ini bersama dengan Ahn Hyo Seop, Lee Min Ho, Chae Soo Bin, Nana, dan Shin Seung Ho. Filem tersebut dikhabarkan akan ditayangkan pada tahun 2025. Mengangkat tema fantasi tentang pengembaraan yang dibaluti dengan adegan aksi.

Menceritakan tentang seorang pekerja pejabat biasa yang bernama Kim Dok Ja (Ahn Hyo Seop), yang mempunyai hobi membaca novel berjudul Three Ways to Survive the Apocalypse. Kehidupannya berubah apabila dia tiba-tiba masuk dalam dunia novel kegemarannya tersebut.

 

2. Newtopia

IMG 1182

Idol idaman ramai ini juga akan membintangi drama Korea akan datang yang berjudul Newtopia bersama dengan Park Jung Min dan Kim Joon Han. Drama Korea tersebut merupakan adaptasi dari novel karya Han Sang Woon yang berjudul Influenza. Newtopia dikhabarkan akan ditayangkan di platform Coupang TV pada tahun 2025.

Jisoo membawa watak yang bernama Kang Yeon Ju yang merupakan kekasih kepada Lee Jae Yun (Park Jung Min).

Kisah cinta mereka mula goyah semasa Lee Jae Yun memutuskan untuk menjalani latihan ketenteraan wajib. Dalam menghadapi masalah kisah asmara mereka, tiba-tiba wabak zombie menyerang. Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup.

 

3. Monthly Boyfriend

IMG 1183

Agensi BLISSOO mengesahkan bahawa Jisoo sedang mempertimgangkan untuk membintangi drama Korea terbaru yang berjudul Monthly Boyfriend yang mengangkat tema cerita romantik.

Para peminat setia bintang ini sangat teruja menunggu kemunculan Jisoo dalam drama Korea tersebut kerana Jisoo dianggap sesuai berlakon dalam drama dan filem dengan genre romantik. Perkara tersebut dilihat dari keserasian gandingan antara Jisoo dengan pelakon utama lelaki dalam drama Korea sebelum ini yang memang selalu mendapat pujian.

Bakat lakonan ahli blackpink ini terus berkembang seiring dengan pelbagai karakter yang dibawanya, baik dalam drama dan juga filem. Selain melebarkan sayap dalam dunia lakonan, dia juga kini sibuk dengan kegiatannya sebagai duta produk kelas dunia. Nantikan projek-projek terbarunya ini ya!

Baca lagi: Jisoo akan menyertai Lee Min Ho, Ahn Hyo Seop dan Nana dalam filem adaptasi Webtoon “Omniscient Reader’s Viewpoint” yang akan datang
Baca juga: 11 Filem Korea Tentang Kecurangan, Penuh Kebencian dan Pengkhianatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here