Home Artis Korea Jisoo Blackpink dan 5 Selebriti Lelaki Yang Berdigosipkan Bersama

Jisoo Blackpink dan 5 Selebriti Lelaki Yang Berdigosipkan Bersama

0

Jisoo BLACKPINK telah rasmi sedang bercinta dengan Ahn Bo Hyun. Selepas Dispatch membongkar bukti hubungan kedua-dua artis ini pada 3 Ogos 2023 yang lalu, Jisoo dan Ahn Bo Hyun sama-sama mengesahkan hubungan mereka. Mereka berdua mengaku baru memulakan hubungan cinta dan mempunyai perasaan cinta terhadap satu sama lain.

Sebelum menyerahkan hatinya kepada Ahn Bo Hyun, Jisoo pernah terlibat dengan gosip percintaan dengan beberapa orang selebriti lelaki yang lain. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat!

1. Son Heung Min

Jisoo

Pada tahun 2021, Jisoo pernah digosipkan rapat dengan pemain bola sepak ternama, Son Heung Min. Dipetik allkpop, kedua-duanya dikhabarkan telah menjalin hubungan intim selama 2 tahun, iaitu sejak tahun 2019.
Gosip ini bermula ketika Jisoo berkunjung ke London pada tahun 2019, dia menonton perlawanan bola sepak bersama beberapa orang pekerjanya.

Artis ini turut membuat perkongsian di Instagram Story yang menyatakan bahawa dia menyokong para pemain Korea Selatan. Dari situ, netizen mengesyaki Jisoo secara khas ingin menunjukkan perasaannya kepada Son Heung Min.

Walau begitu, khabar angin ini langsung ditepis oleh YG Entertainment. Pihak agensi mengatakan bahawa gosip percintaan Jisoo dan Son Heung Min tidak benar dan mereka meminta orang ramai berhenti menyebarkan gosip yang bukan-bukan.

2. Jung Hae In

a37dd675 6f25 4f00 a967 ff80a31747e0Sebelum ini, Jisoo juga pernah digosipkan sedang bercinta dengan Jung Hae In, artis yang bergandingan dengannya dalam drama siri Snowdrop(2021). Gosip ini muncul kerana keserasian kedua-duanya yang sangat kuat dalam drama tersebut. Video dan potret behind the scene Jisoo dan Jung Hae In juga mencuri perhatian, kerana mereka dianggap sangat mesra seperti kekasih dan bukannya gandingan pelakon utama dalam drama.

Kedua-duanya juga saling menyokong karier masing-masing setelah drama siri itu berakhir. Terbukti, Jung Hae In meluangkan masa untuk datang ke konsert BLACKPINK di Korea. Namun, tidak pernah ada sebarang pengakuan dan pengesahan mengenai khabar ini sehingga para peminat menyimpulkan mereka hanya berkawan baik sahaja.

3. Jinyoung GOT7

c5bda815 7e18 47c4 a55d a4324a04236d

Pada tahun 2017, Jisoo pernah menjadi MC Inkigayo bersama dengan Jinyoung GOT7 dan Doyoung NCT. Persahabatan ketiga-tiba bintang idol ini terjalin dengan baik dan menghasilkan keserasian yang kuat.
Hingga akhirnya, muncul khabar angin bahawa Jisoo dan Jinyoung disyaki sedang menjalin cinta.

Khabar angin ini tersebar selepas mereka berdua kelihatan sedang makan bersama di sebuah kafe. Gosip antara mereka juga menyaksikan tidak ada sebarang pengesahan mengenainya hingga para peminat menyimpulkan Ji-soo dan Jinyoung hanya berkawan kerana Inkigayo.

4. Suho EXO

d9953718 1fcb 4f3d 91b3 d77eba9e5782

Pada tahun 2019, khabar angin mengenai percintaan yang melibatkan Ji-soondan Suho EXO pernah menggemparkan mereka berdua. Apatah lagi, mereka adalah anggota kumpulan KPop yang popular. Gosip percintaan ini muncul kerana para peminat mengesyaki Ji-soo dan Suho saling bermain cinta di laman Instagram mereka.

Netizen mendapati mereka sering berkongsi foto dengan background serupa, seperti sewaktu di Paris hingga New York. Ada juga perkongsian foto jambangan bunga yang nampak sangat serupa. Gosip hubungan cinta ini semakin kuat apabila Suho dan Ji-soo mengenakan rantai leher yang sama.

Netizen mengesyaki mereka berdua juga mempunyai beberapa barang lain yang serupa seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Sayangnya berita ini hanya berakhir sebagai khabar angin semata-mata kerana tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

5. Joshua SEVENTEEN

61d3aa65 85ef 4bc0 a964 36f9be9a4604Pada tahun 2022, sebuah hantaran di Weibo mengatakan bahawa Ji-soo dan Joshua SEVENTEEN pernah bercinta di masa lalu, tepatnya pada awal mereka debut. Hantaran tersebut menyebut secara terperinci bagaimana hubungan kedua-dua artis ini terjalin.

Mereka berdua disebut saling mengenali kerana Sowon bekas ahli kumpulan GFRIEND. Joshua meminta Sowon untuk mengenalkan dia kepada Ji-soo. Dari situ, mereka jadi semakin rapat hingga disyaki bercinta pada tahun 2018.

Disebutkan juga bahawa pasangan ini putus pada tahun 2020 kerana faktor kesibukan mereka. Walaupun begitu, khabar angun ini tidak mendapat sebarang pengesahan baik dari agensi Ji-soo mahupun Joshua.

Setelah digosipkan bercinta dengan beberapa orang selebriti lelaki terkenal, kini Ji-soo telah rasmi menjalin hubungan dengan Ahn Bo-hyun. Selamat berbahagia untuk pasangan baru ini, semoga kekal ke jinjang pelamin!

IMG 9917

Baca lagi: 2 Skandal Lama Ahn Bo Hyun Diungkit Semula, Peminat Risaukan Jisoo
Baca juga: Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK Disahkan Sedang Bercinta